Pages

Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Tuesday 11 December 2018

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA DARI JPS PULAU PINANG & JKR SPS

04.12.2018 (Selasa) - JKSNPP telah menerima Lawatan Penanda Aras EKSA dari JPS Pulau Pinang dan JKR Seberang Perai Selatan pada hari ini. Lebih kurang 70 orang yang menghadiri lawatan EKSA ini. Tujuan lawatan ini adalah kerana kedua-dua jabatan ini dalam proses mendapatkan Pensijilan EKSA (MAMPU). Para pelawat dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan Pertama di bawa ke Zon Lebuh Victoria, Kumpulan Kedua di bawa ke Zon Lebuh Queen dan Kumpulan Ketiga di bawa ke Zon Lebuh Light.

Para pelawat bergambar di hadapan Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang

Para pelawat bergambar bersama warga Zon Lebuh Queen di hadapan Mahkamah Rendah Syariah Timur Laut

Sesi mengisi maklumat di dalam Buku Pelawat

Para Pelawat melihat susunan di Ruang Pentadbiran

Ketua Zon Lebuh Queen memberi sedikit penerangan kepada para pelawat tentang susun atur di Ruang Pentadbiran

Para pelawat melihat susunan di dalam Bilik Fail

Para pelawat melihat susunan di Sudut Inventori


Monday 3 December 2018

PERSIJILAN SEMULA EKSA CEMERLANG

30.11.2018 (Jumaat) - Penyampaian Sijil EKSA MAMPU kepada semua Zon diadakan pada perhimpunan bulanan JKSNPP. Semua Zon telah mendapat pensijilan semula EKSA dengan status CEMERLANG termasuklah Zon Lebuh Queen. Sijil tersebut berkuatkuasa dari 1 November 2018 sehingga 31 Oktober 2020. Tahniah kepada semua zon. Semoga amalan EKSA dapat dipertingkatkan dan menjadi budaya semua warga Zon Lebuh Queen.
YAA Dato Shakir dan YA Tuan Zaim bersama setiap Ketua Zon EKSA


Tahniah Zon Lebuh Queen !

Tahniah Zon Lebuh Queen

30.11.2018 (Jumaat) - Penyampaian sijil dan plak cenderahati bagi Pertandingan Sudut Informasi & Pengiktirafan Terbaik EKSA dan Pertandingan Laci Alat Tulis Paling Kreatif EKSA kepada semua Zon diadakan pada perhimpunan bulanan JKSNPP. Zon Lebuh Queen telah dinobatkan sebagai Johan bagi kedua-dua kategori pertandingan. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua ahli Zon Lebuh Queen yang terlibat.

Zon Lebuh Queen mendapat markah yang tertinggi bagi Pertandingan Sudut Informasi & Pengiktirafan Terbaik iaitu 281 markah.



Zon Lebuh Queen mendapat markah yang tertinggi bagi Pertandingan Laci Alat Tulis Paling Kreatif iaitu 274 markah.




Share

Twitter Facebook