Pages

Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Friday 28 September 2018

PERTANDINGAN SUDUT INFORMASI, SUDUT PENGIKTIRAFAN PALING KREATIF DAN LACI ALAT TULIS TERBAIK

20 September 2018 - Pada hari ini telah diadakan Pertandingan Sudut Informasi, Sudut Pengiktirafan Paling Kreatif dan Laci Alat Tulis Terbaik. Juri bagi pertandingan ini ialah Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang, Y.A.A. Dato' Hj. Mohamad Syakir Bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Tinggi, Y.A. Tuan Mohd Yunus Bin Mohamad Zin dan seorang juri jemputan, Puan Habibah binti Mat Akib iaitu Penolong Pengarah Kanan Cawangan Keselamatan Sinaran Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Sesi penjurian berjalan lancar dan memuaskan dengan kerjasama yang diberikan oleh semua warga Lebuh Queen. Terima kasih diucapkan.

Para juri dan warga Zon Lebuh Queen.

 Juri sedang meneliti Sudut Informasi.

Juri sedang meneliti Sudut Pengiktirafan.

Juri sedang meneliti laci alat tulis.

Juri sedang bertanya soalan kepada En. Helmi.

Ketua juri sedang memantau laci di bilik Pegawai Sulh.

Terima kasih diucapkan kepada para juri yang hadir.

KUIZ EKSA JAWATANKUASA INDUK LATIHAN

7 September 2018 - Pada hari ini telah diadakan Perhimpunan Bulanan Jabatan dan salah satu slot ialah pertandingan kuiz EKSA. Pemilihan wakil bagi setiap zon, adalah dibuat secara undian. Lebuh Queen diwakili oleh Puan Nor Aziani binti Mustaffa. Terdapat tiga pusingan kuiz dan setiap peserta perlu menjawab dalam tempoh 30 saat. Di akhir pertandingan wakil Lebuh Queen telah mendapat tempat kedua. Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Induk Latihan atas penganjuran kuiz ini dan ia wajar diteruskan dan diadakan dari semasa ke semasa.

Wakil daripada setiap zon berada di atas pentas.

Wakil Zon Lebuh Queen sedang membaca soalan yang diberikan.


GOTONG ROYONG PERDANA EKSA

17 Ogos 2018 - Jawatankuasa Induk EKSA Jabatan Kehakiman Syariah telah menganjurkan program Gotong Royong Perdana yang melibatkan semua zon termasuklah Zon Lebuh Queen. Antara aktiviti yang dijalankan di Lebuh Queen ialah mengemaskini bilik fail, membersihkan pantri dan mengemas ruang kerja masing-masing agar kelihatan lebih cantik dan ceria. Semua ahli yang hadir pada hari ini memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan gotong royong pada hari ini. Terima kasih!




TAKLIMAT PENCEGAHAN KEBAKARAN


09.08.2018- Pada hari ini satu taklimat ringkas mengenai keselamatan dan pencegahan kebakaran yang bertajuk "Mencegah Kebakaran adalah Tanggungjawab Kita" telah diadakan oleh FPC FIRE PREVENTION SERVICES SDN. BHD. 

Antara agenda dan objektif taklimat ini adalah seperti berikut :

a) Pengenalan tentang sigat dan ciri-ciri api.
b) Punca-punca dan faktor-faktor yang mencetuskan kebakaran.
c) Cara-cara menyelamatkan diri dan orang terlibat ketika kebakaran.
d) Kenal pasti lokasi-lokasi yang selamat.
e) Penggunaan peralatan pencegah kebakaran serta pemadam api.
f) Tindakan susulan kebakaran : Peluang terselamat semasa kebakaran.
g) Toksik asap terhidu dalam 2 hingga 4 minit akan membawa maut.
h) Bahayanya kebakaran elektrik : Contohnya seperti wayar, suis utama, dan bahan elektrik yang lain.
i) Kebocoran Gas adalah pembunuh secara senyap.
j) Langkah-langkah untuk mengatasi kenderaan terbakar.
k) Keselamatan diri dalam kegelapan.
l) Pengetahuan menyelamatkan diri semasa kemalangan kenderaan.
m) Kajian tindakan kes-kes semasa dan sesi soal jawab.


Penceramah sedang menerangkan tentang cara penggunaan alat pemadam api.

Semua warga Zon Lebuh Queen dan kakitangan daripada syarikat pencucian mendengar taklimat kebakaran yang diberikan oleh penceramah.

PERTANDINGAN BILIK FAIL PALING EFISIEN & KAUNTER TERBAIK

01.08.2018 - Jawatankuasa Promosi Induk EKSA telah mengadakan Pertandingan Kaunter dan Bilik Fail Terbaik yang berlangsung pada hari ini disemua zon. Juri bagi pertandingan ini ialah Y.A.A. Dato' Haji Mohd Shakir Bin Abdul Hamid, Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang dan dua orang juri jemputan iaitu Cik Asmarina bt. Abo Mansor dan En. Sufian Mohd Shadzaly daripada Penjara Pulau Pinang. Antara kriteria yang diambil kira semasa pertandingan kaunter ialah keceriaan dan kekemasan kaunter, mempamerkan maklumat korporat bekaitan kaunter dan perkhidmatan kaunter yang mesra pelanggan. Untuk bilik fail pula, antara aspek yang diambil kira ialah kebersihan dan kekemasan bilik fail, pelabelan pada setiap kotak fail kes dan sistem kawalan dan pergerakan fail. Sepanjang sesi penjurian semua warga Lebuh Queen telah memberi kerjasama yang sewajarnya.


Para Juri sedang memantau dan memberi markah di Bilik Fail.

Para Juri sedang memantau dan memberi markah di Kaunter pula.


Syabas dan tahniah buat semua pihak yang terlibat!



Share

Twitter Facebook