Pages

Tuesday 9 April 2019



BENGKEL AUDIT DALAM EKSA JKSNPP 
SIRI 1 TAHUN 2019





01.03.2019 - 03.03.2019 (Jumaat - Ahad) JKSNPP telah mengadakan Bengkel Audit Dalam Eksa Siri 1/2019 telah diadakan di INTURA Sungai Petani, Kedah. Seramai 50 peserta yang terdiri daripada Jawatankuasa Induk EKSA, Ketua Zon, pegawai dan kakitangan menyertai Bengkel ini. Wakil Zon Lebuh Queen yang menyertai bengkel tersebut iaitu Tuan Mohd Najmuddin bin Haji Mustafa, Puan Nor Aziani binti Mustaffa, Mohd Helmi bin Ismail dan Puan Nazirah binti Zakaria.


Bengkel ini dikendalikan oleh Fasilitator EKSA iaitu En. Raja Muhammad bin Raja Daud daripada Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Nibong Tebal serta En. Zahiri bin Md Zin daripada Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas. Bengkel ini dirasmikan oleh YA. Mohd Zawawi bin Nor Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

Share

Twitter Facebook