Pages

Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Friday 19 August 2016

SELAMAT HARI LAHIR


JUMAAT, 19 OGOS 2016 - Pada hari ini jabatan telah mengadakan perhimpunan bulanan buat kali ke 4 bagi tahun 2016. Peluang ini telah digunakan sepenuhnya oleh YAA Dato Haji Abdul Walid bin Abu Hassan untuk menyampaikan pelbagai amanat untuk penambahbaikan dan kecemerlangan JKSNPP.

Selain itu, turut diadakan majlis sambutan hari lahir bagi pegawai dan kakitangan yang dikendalikan oleh Badan Kebajikan & Sukan Mahkamah Syariah Pulau Pinang (BAKEPP). Sambutan adalah bagi kelahiran bulan Julai, Ogos dan September.

Turut terlibat bagi sambutan majlis tersebut adalah 4 orang kakitangan  Lebuh Queen seperti berikut :

1. Encik Muhamad Yazid bin Yusof   - 22/7/1989
2. Encik Mohamad bin Shariff           - 4/8/1964
3. Puan Nurzawanie binti Rosli          - 30/9/1984
4. Cik Nurul Hasanah binti Hussain   - 23/9/1993

Seluruh warga Lebuh Queen mengucapkan selamat hari lahir kepada kakitangan yang terlibat. Semoga anjakan umur ini akan lebih mematangkan pemikiran dan lebih bersemangat dalam menjalankan tugas pada hari-hari yang mendatang.


"Allah Selamatkan Kamu"



Friday 12 August 2016

TASKFORCE FAIL JENAYAH LEBUH QUEEN



12 OGOS 2016, JUMAAT - Mesyuarat EKSA Lebuh Queen Bilangan 3/2016 telah memutuskan agar pengurusan fail jenayah diberi perhatian yang serius agar lebih mudah dijumpai semasa carian fail tersebut (easy tracing).

Justeru, satu rak yang telah ditempah dari Unit Pentadbiran JKSNPP telah tiba dan rombakan bilik fail jenayah telah dilakukan dan semua kotak penyimpanan fail jenayah yang uzur telah dibaik pulih dengan menggunakan pita pelekat. Semua kotak fail yang dibaik pulih turut dipastikan bahawa kandungan fail jenayah adalah mengikut sequence number yang telah didaftarkan di dalam Sistem Pengurusan Kes Mahkamah Syariah (SPKMS) atau lebih dikenali sebagai e-Syariah.

Projek fasa 1 telah selesai dan projek fasa ke 2 akan diteruskan dengan labelling kotak berkenaan menurut saranan laporan Juruaudit MAMPU pada audit pensijilan yang lalu yang menjadikan aspek keselamatan sebagai fokus utama.

Projek fasa ke 2 juga turut melibatkan penghapusan sepenuhnya sudut fizikal EKSA yang digantikan dengan sudut informasi perundangan di Lebuh Queen.

Terima kasih daun keladi kepada semua yang terlibat. 

 Sebelum pemasangan rak besi di bilik Fail Jenayah Lebuh Queen.

 Selepas pemasangan rak besi dan fail yang dibaik pulih disusun semula. Pending labeling untuk projek Fasa ke 2.

 Projek Sudut Informasi Lebuh Queen. Maklumat sedia ada dikemaskini.

Lebuh Queen ke arah Sudut EKSA Maya. Sudut fizikal akan ditukar kepada sudut informasi berkaitan proses perjalanan kes Mahkamah untuk panduan awam.

Tuesday 9 August 2016

MESYUARAT JK PELAKSANAAN EKSA BIL. 3 / 2016


9 OGOS 2016 (SELASA) - Meskipun dalam kesibukan menjalankan tugasan harian, warga Lebuh Queen masih lagi berkesempatan untuk mengadakan mesyuarat EKSA bilangan 3 tahun 2016. 

Mesyuarat pada kali ini dipengerusikan oleh Ketua Zon, Encik Mohd Helmi bin Ismail. Turut bersama 2 orang ahli baru iaitu Puan Rohana binti Ayob yang dipindahkan dari Lebuh Downing (MRS Daerah Barat Daya) menggantikan Puan Nor Faizah binti Ali yang berpindah ke JKR Daerah Timur Laut dan Cik Nurul Hasanah binti Hussain yang merupakan pegawai baru (lantikan kontrak) yang dilantik sebagai Setiausaha JK Pelaksana EKSA Lebuh Queen menggantikan Puan Nor Fadzilah binti Ishak yang berpindah ke Bahagian Perumahan PSUK Pulau Pinang.

Pelbagai perkara berbangkit dibincangkan dan program direncanakan khususnya dalam memastikan EKSA sentiasa diamalkan (shitsuke)  secara harmoni di Lebuh Queen. Antara ketetapan mesyuarat pada kali ini adalah seperti berikut;

1.  Menetapkan hari Jumaat minggu ke 4 sebagai Hari Gotong Royong EKSA;

2.  Setiap warga Lebuh Queen hendaklah mempastikan work station masing-masing kemas dan bersih      sebelum punch out setiap hari;

3.  Pelaksanaan Taskforce Pengurusan Fail Jenayah (closing & record) pada 17/8/2016; dan

4.  Menukar sudut fizikal EKSA Lebuh Queen sebagai sudut informasi Mahkamah Rendah Syariah          Daerah Timur Laut.

Mesyuarat kali ini telah dijalankan selepas selesai Mesyuarat Pengurusan MRS Timur Laut Bil. 3 Tahun 2016.  Sebagai rekod semua ahli mesyuarat hadir pada  mesyuarat pada kali ini.

 Cik Nurul Hasanah, Setiausaha JK Pelaksana EKSA Lebuh Queen yang baru


Puan Rohana sedang melontarkan idea bagi aktiviti terkini EKSA

Friday 5 August 2016

PENGURUAN FAIL KES JENAYAH




Pada sesi penutupan audit EKSA Bilangan 2/2016 yang lalu pengurusan fail kes jenayah antara perkara yang ditegur oleh juruaudit.  Rentetan itu, Tuan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Tmur Laut (Zon Lebuh Queen) telah mengarahkan hal yang tersebut dijadikan isu utama yang perlu diberi perhatian yang serius.

Langkah awal telah diambil dengan aplikasi sepenuhnya sistem Best Practice Pengurusan File Lebuh Downing (Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya) bagi kesemua file jenayah yang telah selesai dan ditutup. Sebagai rekod bilangan daftar kes jenayah Lebuh Queen bagi 4 tahun terkini sehingga 4/8/2016 adalah seperti berikut :

2013 : 141 kes
2014 : 212 kes
2015 : 322 kes
2016 : 143 kes  (setakat 4/8/2016)

Zon Lebuh Queen berharap agar semua kes jenayah yang telah selesai dapat diurus sebaik yang mungkin dan menjadi contoh kepada zon-zon lain dari segi pengurusan fail kes jenayah.



Wednesday 3 August 2016

PENANTIAN BERAKHIR


Hari yang ditunggu-tunggu tiba jua akhirnya. Buat ke sekian kalinya Lebuh Queen kini di audit lagi bagi melestarikan pelaksanaan EKSA secara holistik di semua zon di bawah JKSNPP. Pasukan Audit diketuai oleh Tuan Mohammad Shahidan bin Abdul Ghaffar, Pengerusi,  Jawatankuasa Audit Induk EKSA dan turut bersama beliau 4 orang juruaudit bertauliah dari jawatankuasa yang sama. Tidak ketinggalan turut hadir, Tuan Mohamad Yusri bin Kasim, Pengerusi, Jawatankuasa Latihan Induk EKSA yang bertindak selaku juruaudit jemputan.

Audit dimulakan dengan sesi pembukaan dan diakhiri dengan sesi penutupan dan pembentangan laporan penemuan audit yang perlu diberi perhatian oleh auditee untuk penambahbaikan. Sesi audit berjalan dengan lancar dan ceria terutama apabila sesi "file tracing" iaitu auditee yang dipilih dikehendaki mencari fail yang diarahkan juruaudit kurang dari 30 saat. Alhamdulillah semua auditee berjaya melaksanakan tugasan audit dengan cemerlang.

 Tahniah pasukan audit EKSA dan tahniah juga kepada warga Lebuh Queen yang memberi kerjasama penuh sepanjang sesi audit dijalankan. Semoga EKSA sentiasa diamalkan di Lebuh Queen.

 Audit bermula jam 8.00 pagi dan tamat jam 12.30 petang pada hari yang sama. 

 Puan Zawanie dari Unit Kewangan Lebuh Queen berjaya mencari fail hanya dalam tempoh 23 saat !
Cik Nurul juga tidak kurang hebatnya.  Meskipun baru melapor diri juga berjaya mencari fail kes kurang 23 saat.

Share

Twitter Facebook