Pages

Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Tuesday 11 December 2018

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA DARI JPS PULAU PINANG & JKR SPS

04.12.2018 (Selasa) - JKSNPP telah menerima Lawatan Penanda Aras EKSA dari JPS Pulau Pinang dan JKR Seberang Perai Selatan pada hari ini. Lebih kurang 70 orang yang menghadiri lawatan EKSA ini. Tujuan lawatan ini adalah kerana kedua-dua jabatan ini dalam proses mendapatkan Pensijilan EKSA (MAMPU). Para pelawat dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan Pertama di bawa ke Zon Lebuh Victoria, Kumpulan Kedua di bawa ke Zon Lebuh Queen dan Kumpulan Ketiga di bawa ke Zon Lebuh Light.

Para pelawat bergambar di hadapan Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang

Para pelawat bergambar bersama warga Zon Lebuh Queen di hadapan Mahkamah Rendah Syariah Timur Laut

Sesi mengisi maklumat di dalam Buku Pelawat

Para Pelawat melihat susunan di Ruang Pentadbiran

Ketua Zon Lebuh Queen memberi sedikit penerangan kepada para pelawat tentang susun atur di Ruang Pentadbiran

Para pelawat melihat susunan di dalam Bilik Fail

Para pelawat melihat susunan di Sudut Inventori


Monday 3 December 2018

PERSIJILAN SEMULA EKSA CEMERLANG

30.11.2018 (Jumaat) - Penyampaian Sijil EKSA MAMPU kepada semua Zon diadakan pada perhimpunan bulanan JKSNPP. Semua Zon telah mendapat pensijilan semula EKSA dengan status CEMERLANG termasuklah Zon Lebuh Queen. Sijil tersebut berkuatkuasa dari 1 November 2018 sehingga 31 Oktober 2020. Tahniah kepada semua zon. Semoga amalan EKSA dapat dipertingkatkan dan menjadi budaya semua warga Zon Lebuh Queen.
YAA Dato Shakir dan YA Tuan Zaim bersama setiap Ketua Zon EKSA


Tahniah Zon Lebuh Queen !

Tahniah Zon Lebuh Queen

30.11.2018 (Jumaat) - Penyampaian sijil dan plak cenderahati bagi Pertandingan Sudut Informasi & Pengiktirafan Terbaik EKSA dan Pertandingan Laci Alat Tulis Paling Kreatif EKSA kepada semua Zon diadakan pada perhimpunan bulanan JKSNPP. Zon Lebuh Queen telah dinobatkan sebagai Johan bagi kedua-dua kategori pertandingan. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua ahli Zon Lebuh Queen yang terlibat.

Zon Lebuh Queen mendapat markah yang tertinggi bagi Pertandingan Sudut Informasi & Pengiktirafan Terbaik iaitu 281 markah.



Zon Lebuh Queen mendapat markah yang tertinggi bagi Pertandingan Laci Alat Tulis Paling Kreatif iaitu 274 markah.




Thursday 1 November 2018

PENUTUPAN AUDIT PENSIJILAN SEMULA EKSA

Khamis, 04 Oktober 2018- Penutupan Audit Pensijilan Semula EKSA (MAMPU) telah dijalankan pada hari ini. Mesyuarat bermula pada jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang. Pihak Juruaudit telah memberi teguran dan pujian setelah auditan berjaya dilaksanakan. Terdapat beberapa teguran yang perlu diberikan jawapan dalam tempoh 3 hari bekerja.





Audit Pensijilan Semula EKSA (MAMPU)

Selasa,02 Oktober 2018- Hari ini telah berlangsungnya Audit Pensijilan Semula EKSA (MAMPU) di beberapa Zon EKSA di JKSNPP. Dua orang Juruaudit dari MAMPU telah ditugaskan untuk membuat pengauditan iaitu Puan Zuasma Binti Yahya dan Puan Nur Amalina Binti Zakaria. Lebuh Queen telah diaudit oleh Puan Nur Amalina Binti Zakaria. Alhamdulillah audit ini berjalan dengan lancar. Terdapat pujian dan beberapa teguran untuk penambahbaikan pada masa akan datang. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

Warga Lebuh Queen bersama Puan KP dan Juruaudit.

Ketibaan Juruaudit ke MRSDTL.

Juruaudit memantau di bahagian ruang rehat.

Juruaudit memantau di bahagian inventori.

Juruaudit meminta Pn. Nazirah mencari fail pentadbiran di dalam laci.

Juruaudit bersama pegawai pengiring menuju ke pondok pengawal MRSDTL.

Juruaudit juga memantau di pondok pengawal MRSDTL.



Tuesday 2 October 2018

PEMBUKAAN AUDIT PENSIJILAN SEMULA EKSA

02.10.2018- Audit Pensijilan Semula EKSA dari MAMPU berjalan pada hari ini. Di antara zon yang terlibat adalah Zon Lebuh Light, Zon Lebuh Victoria dan Zon Lebuh Queen.


Sesi pembukaan ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada YAA Dato' Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid dan diikuti dengan ucapan balas oleh juruaudit. Kemudian, Puan Hasniah Binti Hassan memberi sedikit taklimat tentang penubuhan EKSA.


Selamat datang diucapkan kepada juruaudit MAMPU, 
Puan Zuasma binti Yahaya dan Puan Nur Amalina binti Zakaria.

Friday 28 September 2018

PERTANDINGAN SUDUT INFORMASI, SUDUT PENGIKTIRAFAN PALING KREATIF DAN LACI ALAT TULIS TERBAIK

20 September 2018 - Pada hari ini telah diadakan Pertandingan Sudut Informasi, Sudut Pengiktirafan Paling Kreatif dan Laci Alat Tulis Terbaik. Juri bagi pertandingan ini ialah Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang, Y.A.A. Dato' Hj. Mohamad Syakir Bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Tinggi, Y.A. Tuan Mohd Yunus Bin Mohamad Zin dan seorang juri jemputan, Puan Habibah binti Mat Akib iaitu Penolong Pengarah Kanan Cawangan Keselamatan Sinaran Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Sesi penjurian berjalan lancar dan memuaskan dengan kerjasama yang diberikan oleh semua warga Lebuh Queen. Terima kasih diucapkan.

Para juri dan warga Zon Lebuh Queen.

 Juri sedang meneliti Sudut Informasi.

Juri sedang meneliti Sudut Pengiktirafan.

Juri sedang meneliti laci alat tulis.

Juri sedang bertanya soalan kepada En. Helmi.

Ketua juri sedang memantau laci di bilik Pegawai Sulh.

Terima kasih diucapkan kepada para juri yang hadir.

KUIZ EKSA JAWATANKUASA INDUK LATIHAN

7 September 2018 - Pada hari ini telah diadakan Perhimpunan Bulanan Jabatan dan salah satu slot ialah pertandingan kuiz EKSA. Pemilihan wakil bagi setiap zon, adalah dibuat secara undian. Lebuh Queen diwakili oleh Puan Nor Aziani binti Mustaffa. Terdapat tiga pusingan kuiz dan setiap peserta perlu menjawab dalam tempoh 30 saat. Di akhir pertandingan wakil Lebuh Queen telah mendapat tempat kedua. Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Induk Latihan atas penganjuran kuiz ini dan ia wajar diteruskan dan diadakan dari semasa ke semasa.

Wakil daripada setiap zon berada di atas pentas.

Wakil Zon Lebuh Queen sedang membaca soalan yang diberikan.


GOTONG ROYONG PERDANA EKSA

17 Ogos 2018 - Jawatankuasa Induk EKSA Jabatan Kehakiman Syariah telah menganjurkan program Gotong Royong Perdana yang melibatkan semua zon termasuklah Zon Lebuh Queen. Antara aktiviti yang dijalankan di Lebuh Queen ialah mengemaskini bilik fail, membersihkan pantri dan mengemas ruang kerja masing-masing agar kelihatan lebih cantik dan ceria. Semua ahli yang hadir pada hari ini memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan gotong royong pada hari ini. Terima kasih!




TAKLIMAT PENCEGAHAN KEBAKARAN


09.08.2018- Pada hari ini satu taklimat ringkas mengenai keselamatan dan pencegahan kebakaran yang bertajuk "Mencegah Kebakaran adalah Tanggungjawab Kita" telah diadakan oleh FPC FIRE PREVENTION SERVICES SDN. BHD. 

Antara agenda dan objektif taklimat ini adalah seperti berikut :

a) Pengenalan tentang sigat dan ciri-ciri api.
b) Punca-punca dan faktor-faktor yang mencetuskan kebakaran.
c) Cara-cara menyelamatkan diri dan orang terlibat ketika kebakaran.
d) Kenal pasti lokasi-lokasi yang selamat.
e) Penggunaan peralatan pencegah kebakaran serta pemadam api.
f) Tindakan susulan kebakaran : Peluang terselamat semasa kebakaran.
g) Toksik asap terhidu dalam 2 hingga 4 minit akan membawa maut.
h) Bahayanya kebakaran elektrik : Contohnya seperti wayar, suis utama, dan bahan elektrik yang lain.
i) Kebocoran Gas adalah pembunuh secara senyap.
j) Langkah-langkah untuk mengatasi kenderaan terbakar.
k) Keselamatan diri dalam kegelapan.
l) Pengetahuan menyelamatkan diri semasa kemalangan kenderaan.
m) Kajian tindakan kes-kes semasa dan sesi soal jawab.


Penceramah sedang menerangkan tentang cara penggunaan alat pemadam api.

Semua warga Zon Lebuh Queen dan kakitangan daripada syarikat pencucian mendengar taklimat kebakaran yang diberikan oleh penceramah.

PERTANDINGAN BILIK FAIL PALING EFISIEN & KAUNTER TERBAIK

01.08.2018 - Jawatankuasa Promosi Induk EKSA telah mengadakan Pertandingan Kaunter dan Bilik Fail Terbaik yang berlangsung pada hari ini disemua zon. Juri bagi pertandingan ini ialah Y.A.A. Dato' Haji Mohd Shakir Bin Abdul Hamid, Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang dan dua orang juri jemputan iaitu Cik Asmarina bt. Abo Mansor dan En. Sufian Mohd Shadzaly daripada Penjara Pulau Pinang. Antara kriteria yang diambil kira semasa pertandingan kaunter ialah keceriaan dan kekemasan kaunter, mempamerkan maklumat korporat bekaitan kaunter dan perkhidmatan kaunter yang mesra pelanggan. Untuk bilik fail pula, antara aspek yang diambil kira ialah kebersihan dan kekemasan bilik fail, pelabelan pada setiap kotak fail kes dan sistem kawalan dan pergerakan fail. Sepanjang sesi penjurian semua warga Lebuh Queen telah memberi kerjasama yang sewajarnya.


Para Juri sedang memantau dan memberi markah di Bilik Fail.

Para Juri sedang memantau dan memberi markah di Kaunter pula.


Syabas dan tahniah buat semua pihak yang terlibat!



Monday 16 July 2018

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MRSDTL (ZON LEBUH QUEEN)

6 JULAI 2018 (JUMAAT) - Rumah Terbuka Aidilfitri Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut telah diadakan. Pelbagai juadah telah disediakan antaranya laksa,bihun tomyam,spaghetti,rojak buah,ketupat,lemang,brownies dan lain-lain. Semua warga JKSNPP telah dijemput bagi memeriahkan majlis.

 


Tuan rumah, warga MRSDTL




Para jemputan yang memeriahkan majlis




RUMAH TERBUKA AIDILFITRI JKSNPP 2018

5 JULAI 2018 (KHAMIS) - Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan telah berlangsung di perkarangan Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang. Warga setiap zon terlibat dan membuka gerai masing-masing. Zon Lebuh Queen telah menghias gerai dengan bertemakan 'Bola Raya' sempena Fifa World Cup 2018 yang berlangsung dalam bulan Syawal. Gerai Zon Lebuh Queen menyajikan menu laksa dan aneka kek kepada para jemputan. Majlis rumah terbuka ini berjalan dengan lancar dan begitu meriah sekali.


Warga Zon Lebuh Queen di gerai 'Bola Raya'


Dayang-dayang sado yang menyerikan gerai Zon Lebuh Queen


Zon Lebuh Queen memenangi 'Gerai Paling Bekerjasama'



PERTANDINGAN BLOG EKSA PERINGKAT JABATAN

23 MEI 2018 (RABU) - Pertandingan Blog EKSA Paling Kreatif  telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Puan Salbiah Binti Mat dan Puan Siti Fairuz Binti Mustafa dari Bahagian Teknologi Maklumat Kerajaan Negeri  telah dijemput sebagai juri jemputan bagi memberikan pemarkahan untuk pertandingan ini. Sebanyak 4 kriteria telah dinilai di dalam pertandingan ini iaitu Kandungan Blog, Persembahan, Kreatviti dan Korporat serta Komitmen.
Pentadbir Blog, Cik Nurul Hasanah binti Hussain dan ketua zon, Puan Nor Aziani binti Mustaffa telah hadir bagi mempersembahkan tentang blog Lebuh Queen. Antara komen juri adalah permainan warna sangat penting kerana background blog berwarna gelap. Bagaimanapun, keputusan bagi pertandingan ini belum diumumkan lagi. Semoga Zon Lebuh Queen berjaya memenuhi semua kriteria para juri.


Pentadbir Blog dan Ketua Zon Lebuh Queen


Sesi pembentangan blog 



Sesi bergambar para peserta dan para juri



Share

Twitter Facebook