Pages

Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Wednesday 13 November 2019

SELAMAT DATANG KEPADA TEAM AUDIT DALAMAN EKSA ZON BANDARAYA...







Audit Dalaman EKSA Bil 2/2019 @ Zon Bandaraya !!!! Kami warga kerja Zon Bandaraya Mengalu-alukan Team Audit Dalaman yang diketuai oleh Puan Dalila Hanisah binti Abu Bakar bersama Puan Nor Hafisoh binti Ghazali, Tuan Haji Mohamad Zahir bin Ismail, Puan Azlina binti Abdul Aziz dan Puan Azlina binti Shafie untuk menjalankan pengauditan dalaman Eksa Bil. 2/2019. Semoga dengan kehadiran tuan-puan dapat lebih memantapkan lagi EKSA di Zon Bandaraya. Kepada semua Warga Zon Bandaraya diharapkan dapat bersedia dan dapat memberikan kerjasama yang baik demi pelancaran proses sepanjang pengauditan.

Thursday 31 October 2019

JUARA PERTANDINGAN "BEST PRACTICE AMALAN EKSA" DAN TEMPAT KETIGA "SURAU PALING EFISIEN"

04.10.2019 (Jumaat) - Tahniah diucapkan kepada semua warga kerja Zon Bandaraya kerana berjaya menjuarai pertandingan "Best Practice Amalan EKSA" dan Tempat ketiga bagi pertandingan "Surau Paling Efisien" yang telah diadakan pada 25.09.2019 yang lalu. Keputusan pertandingan diumumkan pada perhimpunan bulanan bil.3/2019 yang diadakan di Dewan Serbaguna Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Anugerah ini disampaikan oleh Y.A.A Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang. Semoga dengan penganugerahan ini dapat meningkatkan lagi semangat kerjasama yang sedia terjalin.

PIC : Best Practice Amalan Eksa


PIC : Surau paling efisien







Wednesday 30 October 2019

PERTANDINGAN SURAU PALING EFISIEN DAN BEST PRACTICE EKSA 2019



 25.9.2019 (Rabu) - Jawatankuasa Induk EKSA JKSNPP telah menganjurkan Pertandingan Surau Paling Efisien dan Best Practice Amalan EKSA. Pertandingan ini melibatkan kesemua zon di JKSNPP. Pernilaian ini dilakukan oleh juri jemputan daripada Suruhanjaya Perlabuhan Pulau Pinang iaitu Puan Zalina. Keseluruhan tenaga kerja dan idea disumbangkan sepenuhnya oleh warga kerja Zon Bandaraya. 







PERTUKARAN NAMA ZON

Zon Bandaraya

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EKSA telah sebulat suara bersetuju untuk menggunapakai nama baru bagi setiap ZON EKSA. Pertukaran nama zon ini berkuatkuasa pada 25 September 2019. Pertukaran tersebut melibatkan keseluruhan Zon.

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA BIL. 2/2019

6.9.2019 (Jumaat) - Zon Lebuh Queen telah mengadakan Gotong -Royong Perdana Bil. 2/2019 bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang sebagai persediaan menghadapi Audit Dalaman yang bakal tiba pada 11 November 2019 hingga 12 November 2019. Objektif gotong-royong ini lebih kepada "SISIH dan SAPU". Warga Zon Lebuh Queen diminta agar memastikan persekitaran dan workstation masing-masing berada dalam keaadaan kemas dan bersih.Terima kasih diucapkan kepada semua warga Zon Lebuh Queen yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan gotong-royong pada hari ini.

Membersih persekitaran Zon Lebuh Queen

Kerja-kerja pembersihan di bahagian ruang legar Zon Lebuh Queen

Kerja-kerja penyusunan fail kes selesai




Tuesday 9 April 2019



AUDIT DALAM EKSA BIL 1/2019 @ LEBUH QUEEN


Kami warga Zon Lebuh Queen mengalu-alukan team audit dalaman yang diketuai oleh Tuan Muhamad Sanusi bin Ishak bersama Puan Dalila Hanisah binti Abu Bakar, Puan Norhafisoh binti Ghazali, Tuan Haji Mohamad Zahir bin Ismail dan Puan Azlina binti Shafee untuk menjalankan pengauditan dalaman Eksa Bil 1/2019. Semoga dengan kehadiran tuan-puan dapat memantapkan EKSA di Lebuh Queen.

Kepada semua Warga Zon Lebuh Queen diharapkan dapat bersedia dan dapat memberikan kerjasama yang baik demi melancarkan proses pengauditan. 

                         " CHAIYYOK LEBUH QUEEN AND DO THE BEST " 



BENGKEL AUDIT DALAM EKSA JKSNPP 
SIRI 1 TAHUN 2019





01.03.2019 - 03.03.2019 (Jumaat - Ahad) JKSNPP telah mengadakan Bengkel Audit Dalam Eksa Siri 1/2019 telah diadakan di INTURA Sungai Petani, Kedah. Seramai 50 peserta yang terdiri daripada Jawatankuasa Induk EKSA, Ketua Zon, pegawai dan kakitangan menyertai Bengkel ini. Wakil Zon Lebuh Queen yang menyertai bengkel tersebut iaitu Tuan Mohd Najmuddin bin Haji Mustafa, Puan Nor Aziani binti Mustaffa, Mohd Helmi bin Ismail dan Puan Nazirah binti Zakaria.


Bengkel ini dikendalikan oleh Fasilitator EKSA iaitu En. Raja Muhammad bin Raja Daud daripada Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Nibong Tebal serta En. Zahiri bin Md Zin daripada Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas. Bengkel ini dirasmikan oleh YA. Mohd Zawawi bin Nor Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

Share

Twitter Facebook