Pages

Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Monday, 16 July 2018

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MRSDTL (ZON LEBUH QUEEN)

6 JULAI 2018 (JUMAAT) - Rumah Terbuka Aidilfitri Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut telah diadakan. Pelbagai juadah telah disediakan antaranya laksa,bihun tomyam,spaghetti,rojak buah,ketupat,lemang,brownies dan lain-lain. Semua warga JKSNPP telah dijemput bagi memeriahkan majlis.

 


Tuan rumah, warga MRSDTL




Para jemputan yang memeriahkan majlis




RUMAH TERBUKA AIDILFITRI JKSNPP 2018

5 JULAI 2018 (KHAMIS) - Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan telah berlangsung di perkarangan Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang. Warga setiap zon terlibat dan membuka gerai masing-masing. Zon Lebuh Queen telah menghias gerai dengan bertemakan 'Bola Raya' sempena Fifa World Cup 2018 yang berlangsung dalam bulan Syawal. Gerai Zon Lebuh Queen menyajikan menu laksa dan aneka kek kepada para jemputan. Majlis rumah terbuka ini berjalan dengan lancar dan begitu meriah sekali.


Warga Zon Lebuh Queen di gerai 'Bola Raya'


Dayang-dayang sado yang menyerikan gerai Zon Lebuh Queen


Zon Lebuh Queen memenangi 'Gerai Paling Bekerjasama'



PERTANDINGAN BLOG EKSA PERINGKAT JABATAN

23 MEI 2018 (RABU) - Pertandingan Blog EKSA Paling Kreatif  telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Puan Salbiah Binti Mat dan Puan Siti Fairuz Binti Mustafa dari Bahagian Teknologi Maklumat Kerajaan Negeri  telah dijemput sebagai juri jemputan bagi memberikan pemarkahan untuk pertandingan ini. Sebanyak 4 kriteria telah dinilai di dalam pertandingan ini iaitu Kandungan Blog, Persembahan, Kreatviti dan Korporat serta Komitmen.
Pentadbir Blog, Cik Nurul Hasanah binti Hussain dan ketua zon, Puan Nor Aziani binti Mustaffa telah hadir bagi mempersembahkan tentang blog Lebuh Queen. Antara komen juri adalah permainan warna sangat penting kerana background blog berwarna gelap. Bagaimanapun, keputusan bagi pertandingan ini belum diumumkan lagi. Semoga Zon Lebuh Queen berjaya memenuhi semua kriteria para juri.


Pentadbir Blog dan Ketua Zon Lebuh Queen


Sesi pembentangan blog 



Sesi bergambar para peserta dan para juri



Tuesday, 22 May 2018

SELAMAT MAJU JAYA


Warga Zon Lebuh Queen mengalu-alukan kedatangan para Juri Pertandingan Blog EKSA,

 PUAN SALBIAH BINTI MAT


PUAN SITI FAIRUZ BINTI MUSTAFA

PROGRAM TADARUS AL-QURAN DAN TAZKIRAH SEMPENA RAMADHAN 2018

Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Biro Dakwah JKSNPP telah menganjurkan program tadarus Al-Quran antara daerah-daerah dan ibu pejabat. Bagi juzuk 16 hingga juzuk 19,telah dibahagikan kepada Zon Lebuh Queen (MRSDTL) untuk tadarus.



Selain itu, Program Tazkirah Zohor Ramadhan juga diadakan sepertimana jadual diedarkan oleh pihak BAKEPP. Antaranya, Tuan Muhamad Sanusi bin Ishak, Tuan Ahmad Alwi bin Embong, Tuan Abdul Rahman bin Abdullah dan Encik Mohd Shakhoff bin Rosli mewakili Zon Lebuh Queen menyertai program tersebut.



 Tuan Muhamad Sanusi bin Ishak memberikan tazkirah.

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK


KURSUS PEMERKASAAN EKSA JKSNPP

20.04.2018 (Jumaat) - Jawatankuasa Latihan Induk EKSA JKSNPP telah menganjurkan kursus Pemerkasaan EKSA bertempat di Bilik Mesyuarat Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya. Penceramah jemputan pada kali ini ialah SR. Rabiulkhair bin Mohd Nor iaitu pegawai daripada Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) Tanjung Malim. Zon Lebuh Queen diwakili oleh Tuan Muhamad Sanusi bin Ishak, Tuan Abdul Rahman bin Abdullah, Puan Aziani binti Mustaffa, Puan Nisrin Hasibah binti Osman, Puan Nazirah binti Zakaria dan Cik Nurul Hasanah binti Hussain. Diharapkan kursus ini dapat memberi pendedahan yang sangat berguna kepada warga Zon Lebuh Queen dalam usaha untuk mengekalkan zon ini sebagai zon terbaik. 






Share

Twitter Facebook