Pages

Friday 9 February 2018

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA OLEH PUSAT LATIHAN AADK KUALA KETIL KEDAH & PERDA

1.11.2017 (Rabu) -Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang telah menerima Lawatan Penanda Aras EKSA oleh Pusat Latihan AADK Kedah & Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dengan keseluruhan peserta seramai 70 orang. Taklimat diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang. Taklimat disampaikan oleh Penyelaras EKSA JKSNPP iaitu Tuan Muhammad Ridhuwan bin Ibrahim.


 Peserta dibawa melawat ke Zon Lebuh Victoria dan Lebuh Light di bangunan Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang  & Lebuh Queen di Mahkamah Rendah Syariah Timur Laut. Kedua-dua Jabatan dalam proses memdapatkan pensijilian EKSA. Para peserta mendapat pelbagai input daripada perkongsian ketiga-tiga Jabatan mengenai pelaksanaan EKSA di Jabatan masing-masing.



Sesi lawatan ke Dewan Mahkamah Rendah Syariah Timur Laut



Para pelawat melihat Bilik Fail sebagai rujukan




Share

Twitter Facebook