Khamis, 17/11/2016 - Selaras dengan hasrat amalan Go Green,
jabatan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Induk EKSA telah memutuskan untuk
mewujudkan blog bagi setiap zon di negeri ini sebagai rujukan amalan EKSA
zon-zon jabatan ini.
Bengkel ini diwujudkan bagi memastikan pengendali blog bagi
setiap zon mendapat panduan yang tepat tentang kaedah dan tatacara sebenar
untuk mengemaskini maklumat terkini
dalam blog zon masing-masing. Seterusnya menjadikan blog zon di bawah JKSNPP
menjadi panduan yang tepat bagi amalan EKSA di negara ini.
Bengkel ini juga bertujuan untuk memastikan bahawa blog-blog
zon daerah dikemaskini secara berkala dan dijadikan sebahagian dari agenda
dalam Mesyuarat Jawantuasa Induk EKSA. Jawatankuasa mengucapkan terima kasih
kepada En Khairil Izwan bin Mansor, Pegawai ICT JKSNPP di atas perkongsian
ilmu.
Semoga ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan dan jabatan
ini sentiasa menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.