Pages

Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Friday 9 February 2018

AUDIT INDUK EKSA BIL 1/2018


BE PREPARED EVERYONE !!!


LAWATAN PENANDA ARAS EKSA OLEH KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG

29.1.2018 (Selasa)- Kolej Komuniti Bukit Mertajam Pulau Pinang telah mengadakan Lawatan Penanda Aras EKSA ke Zon Lebuh Victoria, Light & Queen di Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang dan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut. Lawatan tersebut diketuai oleh Ketua Program Puan Sakinah binti Osman. Kolej Komuniti Bukit Mertajam dalam usaha mendapatkan pensijilan EKSA dan kini giat mengadakan lawatan ke agensi atau Jabatan yang telah mendapat pensijilan EKSA.

Taklimat mengenai pengalaman Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang dalam melaksanakan EKSA disampaikan oleh Tuan Jasmin bin Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Go Green dan Kitar Semula EKSA JKSNPP. Semoga perkongsian pengalaman ini menyuntik semangat buat warga kerja Kolej Komuniti Bukit Mertajam dalam melaksanakan EKSA.




 Para pelawat melihat keadaan di Ruang Pentadbiran




Para Pelawat melihat susun atur Bilik Pegawai Sulh


 Para pelawat melihat susun atur di Ruang Inventori






LAWATAN PENANDA ARAS EKSA OLEH PUSAT LATIHAN AADK KUALA KETIL KEDAH & PERDA

1.11.2017 (Rabu) -Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang telah menerima Lawatan Penanda Aras EKSA oleh Pusat Latihan AADK Kedah & Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dengan keseluruhan peserta seramai 70 orang. Taklimat diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang. Taklimat disampaikan oleh Penyelaras EKSA JKSNPP iaitu Tuan Muhammad Ridhuwan bin Ibrahim.


 Peserta dibawa melawat ke Zon Lebuh Victoria dan Lebuh Light di bangunan Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang  & Lebuh Queen di Mahkamah Rendah Syariah Timur Laut. Kedua-dua Jabatan dalam proses memdapatkan pensijilian EKSA. Para peserta mendapat pelbagai input daripada perkongsian ketiga-tiga Jabatan mengenai pelaksanaan EKSA di Jabatan masing-masing.



Sesi lawatan ke Dewan Mahkamah Rendah Syariah Timur Laut



Para pelawat melihat Bilik Fail sebagai rujukan




Thursday 1 February 2018

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA OLEH JABATAN PENJARA TAPAH

5.10.2017 (Khamis)- Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) telah menerima Lawatan Penanda aras EKSA daripada Jabatan Penjara Tapah. Jabatan Penjara Tapah Perak sedang dalam usaha memperoleh persijilan EKSA oleh pihak MAMPU. Oleh itu tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat amalan EKSA yang dilaksanakan oleh JKSNPP  sehingga mendapat persijilan EKSA. Seramai 20 orang peserta yang terlibat.


Delegasi tersebut diketuai oleh PKP Ahmad Rizal bin Mohd Ghazali selaku pengerusi jawatankuasa EKSA Penjara Tapah. Pengerusi Jawatankuasa Induk EKSA JKSNPP juga YA. Zaim bin Md Yudin selaku Pemangku Ketua Hakim Syarie turut serta dalam program ini.  Banyak perkongsian di antara kedua-dua Jabatan mengenai pengalaman masing-masing melaksanakan EKSA.Selepas sesi taklimat oleh Tuan Mohammad Shahidan bin Abdul Ghapar selaku Pengerusi JK Audit EKSA JKSNPP, peserta dibawa melawat ke Zon Lebuh Victoria & Light di Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang serta Zon Lebuh Queen di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut.






Sesi menandatangani buku pelawat EKSA Zon Lebuh Queen



Para pelawat melihat susun atur di ruang pentadbiran dan bilik fail.



Para pelawat melihat susun atur di sudut inventori.




Share

Twitter Facebook