Pages

Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Monday 28 November 2016

LAWATAN PENANDA ARAS UNIT KESIHATAN SINARAN & JURU X-RAY JABATAN KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG

23/11/2016, SELASA - Unit Kesihatan Sinaran dan Juru X ray dari Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang telah berkunjung ke Zon Lebuh Armenian buat kali kedua pada tahun 2016. Lawatan ini terdiri daripada 14 orang pegawai dan kakitangan yang diketuai oleh Puan Ku Shaidaton Akmar binti Ku Bakar yang juga merupakan Pegawai Penyelaras  EKSA di JKN Pulau Pinang.

Sesi taklimat dan soal jawab



Tuan Muhammad Ridhuwan bin Ibrahim selaku Pegawai Penyelaras EKSA jabatan telah menyampaikan taklimat pada hari tersebut. Taklimat pada kali lebih menjurus kepada pengalaman jabatan selepas persijilan EKSA oleh MAMPU dan perkongisan strategi pelaksanan sudut EKSA Maya di jabatan ini yang melibatkan kesemua zon yang dipersijilkan. Taklimat turut diselangseli dengan pelbagai soalan dan dilangsungkan dengan suasana yang aman dan harmoni. Turut bersama pada majlis tersebut Ketua Jawatankuasa Promosi Induk, Ketua Jawatankuasa Latihan Induk, Ketua Jawatankuasa Promosi Induk, Setiausaha Induk EKSA, Ketua Zon Lebuh Armenian dan Penolong Pegawai Penyelaras EKSA jabatan.

Pelbagai perkara dibincangkan dan dikongsikan pada sesi tersebut dan jabatan berharap agar hubungan baik ini akan berkekalan untuk manfaat bersama. Delegasi turut di bawa melawat ke setiap aras di Lebuh Armenian dan lawatan diakhiri dengan sesi bergambar.

Lawatan bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.30 petang.


Lawatan delegasi ke setiap aras Zon Armenian


Sesi bergambar


Thursday 17 November 2016

BENGKEL PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN BLOG EKSA



Khamis, 17/11/2016 - Selaras dengan hasrat amalan Go Green, jabatan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Induk EKSA telah memutuskan untuk mewujudkan blog bagi setiap zon di negeri ini sebagai rujukan amalan EKSA zon-zon jabatan ini.

Bengkel ini diwujudkan bagi memastikan pengendali blog bagi setiap zon mendapat panduan yang tepat tentang kaedah dan tatacara sebenar untuk  mengemaskini maklumat terkini dalam blog zon masing-masing. Seterusnya menjadikan blog zon di bawah JKSNPP menjadi panduan yang tepat bagi amalan EKSA di negara ini.

Bengkel ini juga bertujuan untuk memastikan bahawa blog-blog zon daerah dikemaskini secara berkala dan dijadikan sebahagian dari agenda dalam Mesyuarat Jawantuasa Induk EKSA. Jawatankuasa mengucapkan terima kasih kepada En Khairil Izwan bin Mansor, Pegawai ICT JKSNPP di atas perkongsian ilmu.


Semoga ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan dan jabatan ini sentiasa menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Friday 28 October 2016

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA 2016


JUMAAT, 28/10/2016 - Hari ini telah termaktub di dalam carta perbatuan EKSA Jawatankuasa Induk untuk pelaksanaan gotong-royong perdana peringkat jabatan. Meskipun pensijilan cemerlang telah diperolehi program gotong-royong tetap diteruskan untuk memastikan prinsip "sentiasa amal" itu dapat direalisasikan dan tidak terkecuali Zon Lebuh Queen.

Kehadiran pegawai dan kakitangan adalah diwajibkan. Program kali ini lebih menfokuskan kepada penyusunan semula fail-fail kes di bilik fail. Semua warga zon Lebuh Queen terlibat secara aktif bagi program kali ini. Tahniah semua !

Turut disediakan pelbagai juadah menarik untuk santapan warga Lebuh Queen yang penat bergotong royong pada hari ini. Terima kasih kepada penaja yang berkenaan.

Harapan admin agar program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Selain dapat menyediakan ekosistem kondusif semasa bertugas ia juga dapat merapatkan silaturahim antara kami semua.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh !


Orang kuat Lebuh Queen.


Ketua Zon, En Helmi bin Ismail (HBI) membuat seliaan.


Masing-masing bertungkus lumus.


Sebelum...


Selepas...

Selepas.

Friday 19 August 2016

SELAMAT HARI LAHIR


JUMAAT, 19 OGOS 2016 - Pada hari ini jabatan telah mengadakan perhimpunan bulanan buat kali ke 4 bagi tahun 2016. Peluang ini telah digunakan sepenuhnya oleh YAA Dato Haji Abdul Walid bin Abu Hassan untuk menyampaikan pelbagai amanat untuk penambahbaikan dan kecemerlangan JKSNPP.

Selain itu, turut diadakan majlis sambutan hari lahir bagi pegawai dan kakitangan yang dikendalikan oleh Badan Kebajikan & Sukan Mahkamah Syariah Pulau Pinang (BAKEPP). Sambutan adalah bagi kelahiran bulan Julai, Ogos dan September.

Turut terlibat bagi sambutan majlis tersebut adalah 4 orang kakitangan  Lebuh Queen seperti berikut :

1. Encik Muhamad Yazid bin Yusof   - 22/7/1989
2. Encik Mohamad bin Shariff           - 4/8/1964
3. Puan Nurzawanie binti Rosli          - 30/9/1984
4. Cik Nurul Hasanah binti Hussain   - 23/9/1993

Seluruh warga Lebuh Queen mengucapkan selamat hari lahir kepada kakitangan yang terlibat. Semoga anjakan umur ini akan lebih mematangkan pemikiran dan lebih bersemangat dalam menjalankan tugas pada hari-hari yang mendatang.


"Allah Selamatkan Kamu"



Friday 12 August 2016

TASKFORCE FAIL JENAYAH LEBUH QUEEN



12 OGOS 2016, JUMAAT - Mesyuarat EKSA Lebuh Queen Bilangan 3/2016 telah memutuskan agar pengurusan fail jenayah diberi perhatian yang serius agar lebih mudah dijumpai semasa carian fail tersebut (easy tracing).

Justeru, satu rak yang telah ditempah dari Unit Pentadbiran JKSNPP telah tiba dan rombakan bilik fail jenayah telah dilakukan dan semua kotak penyimpanan fail jenayah yang uzur telah dibaik pulih dengan menggunakan pita pelekat. Semua kotak fail yang dibaik pulih turut dipastikan bahawa kandungan fail jenayah adalah mengikut sequence number yang telah didaftarkan di dalam Sistem Pengurusan Kes Mahkamah Syariah (SPKMS) atau lebih dikenali sebagai e-Syariah.

Projek fasa 1 telah selesai dan projek fasa ke 2 akan diteruskan dengan labelling kotak berkenaan menurut saranan laporan Juruaudit MAMPU pada audit pensijilan yang lalu yang menjadikan aspek keselamatan sebagai fokus utama.

Projek fasa ke 2 juga turut melibatkan penghapusan sepenuhnya sudut fizikal EKSA yang digantikan dengan sudut informasi perundangan di Lebuh Queen.

Terima kasih daun keladi kepada semua yang terlibat. 

 Sebelum pemasangan rak besi di bilik Fail Jenayah Lebuh Queen.

 Selepas pemasangan rak besi dan fail yang dibaik pulih disusun semula. Pending labeling untuk projek Fasa ke 2.

 Projek Sudut Informasi Lebuh Queen. Maklumat sedia ada dikemaskini.

Lebuh Queen ke arah Sudut EKSA Maya. Sudut fizikal akan ditukar kepada sudut informasi berkaitan proses perjalanan kes Mahkamah untuk panduan awam.

Tuesday 9 August 2016

MESYUARAT JK PELAKSANAAN EKSA BIL. 3 / 2016


9 OGOS 2016 (SELASA) - Meskipun dalam kesibukan menjalankan tugasan harian, warga Lebuh Queen masih lagi berkesempatan untuk mengadakan mesyuarat EKSA bilangan 3 tahun 2016. 

Mesyuarat pada kali ini dipengerusikan oleh Ketua Zon, Encik Mohd Helmi bin Ismail. Turut bersama 2 orang ahli baru iaitu Puan Rohana binti Ayob yang dipindahkan dari Lebuh Downing (MRS Daerah Barat Daya) menggantikan Puan Nor Faizah binti Ali yang berpindah ke JKR Daerah Timur Laut dan Cik Nurul Hasanah binti Hussain yang merupakan pegawai baru (lantikan kontrak) yang dilantik sebagai Setiausaha JK Pelaksana EKSA Lebuh Queen menggantikan Puan Nor Fadzilah binti Ishak yang berpindah ke Bahagian Perumahan PSUK Pulau Pinang.

Pelbagai perkara berbangkit dibincangkan dan program direncanakan khususnya dalam memastikan EKSA sentiasa diamalkan (shitsuke)  secara harmoni di Lebuh Queen. Antara ketetapan mesyuarat pada kali ini adalah seperti berikut;

1.  Menetapkan hari Jumaat minggu ke 4 sebagai Hari Gotong Royong EKSA;

2.  Setiap warga Lebuh Queen hendaklah mempastikan work station masing-masing kemas dan bersih      sebelum punch out setiap hari;

3.  Pelaksanaan Taskforce Pengurusan Fail Jenayah (closing & record) pada 17/8/2016; dan

4.  Menukar sudut fizikal EKSA Lebuh Queen sebagai sudut informasi Mahkamah Rendah Syariah          Daerah Timur Laut.

Mesyuarat kali ini telah dijalankan selepas selesai Mesyuarat Pengurusan MRS Timur Laut Bil. 3 Tahun 2016.  Sebagai rekod semua ahli mesyuarat hadir pada  mesyuarat pada kali ini.

 Cik Nurul Hasanah, Setiausaha JK Pelaksana EKSA Lebuh Queen yang baru


Puan Rohana sedang melontarkan idea bagi aktiviti terkini EKSA

Friday 5 August 2016

PENGURUAN FAIL KES JENAYAH




Pada sesi penutupan audit EKSA Bilangan 2/2016 yang lalu pengurusan fail kes jenayah antara perkara yang ditegur oleh juruaudit.  Rentetan itu, Tuan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Tmur Laut (Zon Lebuh Queen) telah mengarahkan hal yang tersebut dijadikan isu utama yang perlu diberi perhatian yang serius.

Langkah awal telah diambil dengan aplikasi sepenuhnya sistem Best Practice Pengurusan File Lebuh Downing (Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya) bagi kesemua file jenayah yang telah selesai dan ditutup. Sebagai rekod bilangan daftar kes jenayah Lebuh Queen bagi 4 tahun terkini sehingga 4/8/2016 adalah seperti berikut :

2013 : 141 kes
2014 : 212 kes
2015 : 322 kes
2016 : 143 kes  (setakat 4/8/2016)

Zon Lebuh Queen berharap agar semua kes jenayah yang telah selesai dapat diurus sebaik yang mungkin dan menjadi contoh kepada zon-zon lain dari segi pengurusan fail kes jenayah.



Wednesday 3 August 2016

PENANTIAN BERAKHIR


Hari yang ditunggu-tunggu tiba jua akhirnya. Buat ke sekian kalinya Lebuh Queen kini di audit lagi bagi melestarikan pelaksanaan EKSA secara holistik di semua zon di bawah JKSNPP. Pasukan Audit diketuai oleh Tuan Mohammad Shahidan bin Abdul Ghaffar, Pengerusi,  Jawatankuasa Audit Induk EKSA dan turut bersama beliau 4 orang juruaudit bertauliah dari jawatankuasa yang sama. Tidak ketinggalan turut hadir, Tuan Mohamad Yusri bin Kasim, Pengerusi, Jawatankuasa Latihan Induk EKSA yang bertindak selaku juruaudit jemputan.

Audit dimulakan dengan sesi pembukaan dan diakhiri dengan sesi penutupan dan pembentangan laporan penemuan audit yang perlu diberi perhatian oleh auditee untuk penambahbaikan. Sesi audit berjalan dengan lancar dan ceria terutama apabila sesi "file tracing" iaitu auditee yang dipilih dikehendaki mencari fail yang diarahkan juruaudit kurang dari 30 saat. Alhamdulillah semua auditee berjaya melaksanakan tugasan audit dengan cemerlang.

 Tahniah pasukan audit EKSA dan tahniah juga kepada warga Lebuh Queen yang memberi kerjasama penuh sepanjang sesi audit dijalankan. Semoga EKSA sentiasa diamalkan di Lebuh Queen.

 Audit bermula jam 8.00 pagi dan tamat jam 12.30 petang pada hari yang sama. 

 Puan Zawanie dari Unit Kewangan Lebuh Queen berjaya mencari fail hanya dalam tempoh 23 saat !
Cik Nurul juga tidak kurang hebatnya.  Meskipun baru melapor diri juga berjaya mencari fail kes kurang 23 saat.

Friday 29 July 2016

AUDIT EKSA BIL. 2 / 2016


EKSA hendaklah sentiasa diamalkan. Oleh yang demikian,Jawatankuasa Induk Audit Jabatan telah menetapkan 1 hingga 8 Ogos 2016 sebagai tempoh Audit EKSA bilangan 2 tahun 2016. Lebuh Queen bakal diaudit pada 2 Ogos 2016 (Selasa).

Kami amat mengalu-alukan kedatangan juruaudit ke 'teratak' kami. Semoga segala yang dirancang berjalan lancar.

SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN !

KEPUTUSAN AUDIT EKSA MAMPU LEBUH QUEEN


Setelah bertungkus lumus akhirnya Zon Lebuh Queen layak dipersijilkan kerana telah memenuhi kriteria komponen Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kategori CEMERLANG bagi sesi audit yang telah dijalankan pada 14 hingga 16 Mac 2016. 

Tahniah diucapkan kepada semua warga Lebuh Queen di atas kejayaan anda. Semoga ia dapat dikekalkan dan sentiasa diamalkan.

Sijil Pengiktirafan telah dikeluarkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri bertarikh 15 April 2016 dan sah sehingga 14 April 2018.


Tuesday 8 March 2016

GOTONG ROYONG EKSA

GOTONG ROYONG EKSA



Bagi menghadapi Audit EKSA (MAMPU) yang akan berlangsung tidak lama lagi, pihak Jawatankuasa Pemandu EKSA telah mengadakan Program Gotong-Royong EKSA bermula :


Tarikh: 8-10 Mac 2016
Masa: 3.00 - 5.00 petang
Kawasan yang terlibat: Keseluruhan persekitaran pejabat




Friday 4 March 2016

LAPORAN JAWATANKUASA LATIHAN TAHUN 2016



Tarikh: 3 Mac 2016 (Khamis)
Masa: 3.00 petang
Tempat: Bilik Fail
Ahli Jawatankuasa Latihan: Tuan Muhamad Sanusi Bin Ishak 

Jawatankuasa Latihan Lebuh Queen telah mengadakan sesi latihan mengenai sistem carian fail kes selesai yang digunapakai dan telah mengadakan demonstrasi latihan mencari fail tersebut. Syarat pencarian fail ini mestilah di bawah 30 saat.


Tuesday 1 March 2016

PENYERAGAMAN DI LEBUH QUEEN


Lokasi: Dekstop setiap ahli zon









Tuesday 2 February 2016

AUDIT DALAMAN EKSA BIL. 1 TAHUN 2016




Audit Dalaman EKSA Bil.1 Tahun 2016 akan diadakan di Lebuh Queen pada 26 Februari 2016 (Jumaat). Audit ini diadakan bagi persediaan menghadapi audit MAMPU. Kakitangan Lebuh Queen diharap bersedia dan bekerjasama bagi mendapat markah tertinggi dari juru audit...



Semoga berjaya!!!

Tuesday 19 January 2016

LAPORAN JAWATANKUASA PROMOSI TAHUN 2016

Tarikh: 15 Januari 2016 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Ruang Pejabat
Ahli Jawatankuasa Promosi Zon: Puan Nurzawanie Binti Rosli  



Ahli yang terlibat: 10 orang (termasuk 2 orang pelajar praktikal)                                 
  • Tuan Muhammad Ridhuwan Bin Ibrahim
  • Tuan Muhamad Sanusi Bin Ishak
  • Tuan Fariq Azaimi Bin Apandi   
  • Encik Mohd Helmi Bin Ismail                  
  • Encik Muhammad Yazid Bin Yussof
  • Puan Nurzawanie Bt Rosli   
  • Puan Nor Faizah Binti Ali                   
  • Puan Nurfadzilah Binti Yusoff                   
  • Cik Siti Fatimah Al-Zahraa           
  • Cik Nur Syazana Binti Ibrahim                                                                                          
Tidak hadir dengan maaf: 3

  • Encik Mohamad Zahir Bin Isamail
  • Encik Mohd Nalawi Bin Bakar
  • Encik Mohamad Bin sharriff



Kawasan yang terlibat : 
  • Ruang pejabat
  • Work station
  • Bilik fail
  • Bilik stor


                                       
Hasil Gotong Royong:












Wednesday 13 January 2016

Countdown Pertandingan Blog EKSA JKSNPP TERBAIK 2016

Tarikh: 13 Januari 2016 (Rabu)
Tempat: Bilik Mesyuarat JKSNPP
Masa: 9.00 pagi

Pihak Lebuh Queen mengucapkan tahniah bagi warga Lebuh Queen yang telah bertungkus lumus menyiapkan blog EKSA. Diharap kerjasama ini dapat berterusan hingga mendapat sijil dari MAMPU.

Syabas warga Lebuh Queen!!!


Share

Twitter Facebook