
20 September 2018 - Pada hari ini telah diadakan Pertandingan Sudut Informasi, Sudut Pengiktirafan Paling Kreatif dan Laci Alat Tulis Terbaik. Juri bagi pertandingan ini ialah Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang, Y.A.A. Dato' Hj. Mohamad Syakir Bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Tinggi, Y.A. Tuan Mohd Yunus Bin Mohamad Zin dan seorang juri jemputan, Puan Habibah binti Mat Akib iaitu Penolong Pengarah Kanan Cawangan Keselamatan Sinaran Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Sesi penjurian berjalan lancar dan memuaskan dengan kerjasama yang diberikan oleh semua warga Lebuh Queen. Terima kasih diucapkan.
Para juri dan warga Zon Lebuh Queen.
Juri...