Pages

Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Tuesday, 3 November 2020

SELAMAT DATANG KEPADA TEAM AUDIT DALAMAN EKSA BIL 2/2020 KE ZON BANDARAYA

 


Selamat Datang diucapkan kepada Team Audit Dalaman EKSA Bil 2/2020 @ Zon Bandaraya!!! Kami warga kerja Zon Bandaraya mengalu-alukan Team Audit Dalaman yang diketuai oleh Puan Dalila Hanisah binti Abu Bakar bersama Tuan Haji Mohd Yusri bin Salleh, Tuan Haji Abdul Munir bin Ghazali dan Puan Syahida binti Md Desa untuk menjalankan pengauditan dalaman EKSA Bil 2/2020. Semoga dengan kehadiran tuan-puan dapat lebih memantapkan lagi EKSA di Zon Bandaraya. Kepada semua warga Zon Bandaraya diharapkan dapat bersedia dan dapat memberikan kerjasama yang baik demi pelancaran sepanjang proses pengauditan. 

Monday, 26 October 2020

AUDIT DALAMAN EKSA BIL 1/2020




29 Julai 2020 - Audit dalaman EKSA JKSNPP Bil 1/2020 dijadualkan di Zon Bandaraya. Kesemua ahli zon memberi komitmen yang tinggi dalam menghadapi audit kali ini.

Buat julung kalinya audit dalaman EKSA dihadiri oleh Y.A.A Ketua Hakim Syarie sebagai pengerusi eksa jabatan. Bagi memastikan perjalanan audit berjalan dengan lancar. Y.A.A Ketua Hakim Syarie juga menghadiri mesyuarat penutup audit pada hari berkenaan. Y.A.A Ketua Hakim Syarie juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh ahli Zon Bandaraya kerana memberi komitmen yang pada selain bekerjasama di antara satu sama lain.

Ucapan Y.A.A Ketua Hakim Syarie juga mendapati Zon Bandaraya berada di dalam keadaan yang kemas teratur dan sistematik walaupun Zon Bandaraya adalah sebuah bangunan lama.

Terika kasih kepada Y.A.A Ketua Hakim Syarie serta juru audit kerana sudi meluangkan masa pada hari audit berkenaan. Segala kekurangan dari kami mohon dimaafi dan akan diperbaiki dari masa ke semasa.

Audit dijalankan di bahagian Pantri

Audit sedang dijalankan di bahagian pengurusan inventori

sesi penutupan audit bagi penambaikan

Cari fail kes oleh Puan Jamaliah binti Syed Mohd mencatatkan masa selama 16 saat.
  
Carian fail kes oleh Puan Nisrin Hasibah binti Osman mencatat masa selama 18 saat.


 

Ahli Zon Bandaraya bergambar bersama Yang Amat Arit Ketua Hakim Syarie selaku pengerusi EKSA JKSNPP

Monday, 27 July 2020

SELAMAT DATANG KEPADA TEAM AUDIT DALAMAN EKSA BIL 1/2020 KE ZON BANDARAYA



Audit Dalaman EKSA Bil 1/2020 @ Zon Bandaraya !!!! Kami warga kerja Zon Bandaraya Mengalu-alukan Team Audit Dalaman yang diketuai oleh Puan Dalila Hanisah binti Abu Bakar bersama Puan Noor Khatijah Binti Abdullah Sani, Encik Sukimam bin Md Yasin dan Puan Hamizah binti Hamid untuk menjalankan pengauditan dalaman Eksa Bil. 1/2020. Semoga dengan kehadiran tuan-puan dapat lebih memantapkan lagi EKSA di Zon Bandaraya. Kepada semua Warga Zon Bandaraya diharapkan dapat bersedia dan dapat memberikan kerjasama yang baik demi pelancaran proses sepanjang pengauditan.

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA BIL 1/2020


24.7.2020 (Jumaat) - Zon Bandaraya telah mengadakan Gotong -Royong Perdana Bil. 1/2020 bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang sebagai persediaan menghadapi Audit Dalaman yang bakal tiba pada 27 Julai 2020 hingga 30 Julai 2020. Objektif gotong-royong ini lebih kepada "SISIH dan SAPU". Warga Zon Bandaraya diminta agar memastikan persekitaran dan workstation masing-masing berada dalam keaadaan kemas dan bersih.Terima kasih diucapkan kepada semua warga Zon Bandaraya yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan gotong-royong pada hari ini.





Tuesday, 30 June 2020

PERSEDIAAN BAGI FASA PERSIAPAN UNTUK FASA PENGOPERASIAN SEKTOR AWAM MENGIKUT SOP MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN)

5.5.2020 (Selasa) - Persediaan kakitangan Zon Bandaraya bagi mewujudkan penjarakkan sosial di keseluruhan kawasan mahkamah dalam usaha memastikan setiap garis panduan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia dipatuhi sebagai langkah pencegahan wabak Covid-19. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti gotong-royong ini.


Penandaan bagi mewujudkan penjarakkan sosial di kalangan pelanggan ketika datang ke kawasan Mahkamah.

Ruangan menunggu bagi pelanggan ketika menunggu giliran untuk berurusan di kaunter.

Setiap kakitangan dan pelanggan perlu mendaftarkan maklumat diri untuk rekod kehadiran di Mahkamah.

Tempat duduk pelanggan di dalam Dewan 1 


Tempat duduk pelanggan di dalam Dewan 2

Monday, 15 June 2020

GOTONG-ROYONG EKSA BIL 2/2020



12 Jun 2020 (Selasa) - Aktiviti mengemas bilik fail bagi fail-fail kes yang akan dilupuskan. Gotong-royong ini juga melibatkan proses pemindahan kotak-kotak fail kes dari tingkat 2 ke tingkat Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Aktiviti bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Aktiviti ini melibatkan semua warga kerja zon Bandaraya. 









Wednesday, 19 February 2020

GOTONG-ROYONG EKSA ZON BANDARAYA BIL 1/2020



18 FEBRUARI 2020 (SELASA) - Zon Bandayara telah mengadakan aktivit gotong-royong dengan melakukan perlupusan kotak-kotak fail yang telah lama. Objektif aktiviti gotong-royong ini lebih kepada ''sisih'' dan ''sapu'' bag memastikan ruangan persekitaran dalam keadaan bersih. 









Thursday, 6 February 2020

Mesyuarat EKSA Zon Bandaraya Bil 1/2020



4 FEBRUARI 2020 (SELASA) - Meskipun dalam kesibukan menjalankan tugasan harian, warga Zon Bandaraya masih lagi berkesempatan untuk mengadakan mesyuarat EKSA bilangan 1 tahun 2020. 

Mesyuarat pada kali ini dipengerusikan oleh Ketua Zon, Puan Nor Aziani binti Mustaffa. Pelbagai perkara berbangkit dibincangkan dan program direncanakan khususnya dalam memastikan EKSA sentiasa diamalkan (shitsuke)  secara harmoni di Zon Bandaraya. Antara ketetapan mesyuarat pada kali ini adalah seperti berikut;


1.  Menetapkan hari Jumaat minggu ke 4 sebagai Hari Gotong Royong EKSA;

2.  Setiap warga Lebuh Queen hendaklah mempastikan work station masing-masing kemas dan bersih  sebelum punch out setiap hari;

3.  Pelaksanaan Taskforce Pengurusan Fail Jenayah (closing & record);


Wednesday, 13 November 2019

SELAMAT DATANG KEPADA TEAM AUDIT DALAMAN EKSA ZON BANDARAYA...







Audit Dalaman EKSA Bil 2/2019 @ Zon Bandaraya !!!! Kami warga kerja Zon Bandaraya Mengalu-alukan Team Audit Dalaman yang diketuai oleh Puan Dalila Hanisah binti Abu Bakar bersama Puan Nor Hafisoh binti Ghazali, Tuan Haji Mohamad Zahir bin Ismail, Puan Azlina binti Abdul Aziz dan Puan Azlina binti Shafie untuk menjalankan pengauditan dalaman Eksa Bil. 2/2019. Semoga dengan kehadiran tuan-puan dapat lebih memantapkan lagi EKSA di Zon Bandaraya. Kepada semua Warga Zon Bandaraya diharapkan dapat bersedia dan dapat memberikan kerjasama yang baik demi pelancaran proses sepanjang pengauditan.

Thursday, 31 October 2019

JUARA PERTANDINGAN "BEST PRACTICE AMALAN EKSA" DAN TEMPAT KETIGA "SURAU PALING EFISIEN"

04.10.2019 (Jumaat) - Tahniah diucapkan kepada semua warga kerja Zon Bandaraya kerana berjaya menjuarai pertandingan "Best Practice Amalan EKSA" dan Tempat ketiga bagi pertandingan "Surau Paling Efisien" yang telah diadakan pada 25.09.2019 yang lalu. Keputusan pertandingan diumumkan pada perhimpunan bulanan bil.3/2019 yang diadakan di Dewan Serbaguna Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Anugerah ini disampaikan oleh Y.A.A Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang. Semoga dengan penganugerahan ini dapat meningkatkan lagi semangat kerjasama yang sedia terjalin.

PIC : Best Practice Amalan Eksa


PIC : Surau paling efisien







Wednesday, 30 October 2019

PERTANDINGAN SURAU PALING EFISIEN DAN BEST PRACTICE EKSA 2019



 25.9.2019 (Rabu) - Jawatankuasa Induk EKSA JKSNPP telah menganjurkan Pertandingan Surau Paling Efisien dan Best Practice Amalan EKSA. Pertandingan ini melibatkan kesemua zon di JKSNPP. Pernilaian ini dilakukan oleh juri jemputan daripada Suruhanjaya Perlabuhan Pulau Pinang iaitu Puan Zalina. Keseluruhan tenaga kerja dan idea disumbangkan sepenuhnya oleh warga kerja Zon Bandaraya. 







PERTUKARAN NAMA ZON

Zon Bandaraya

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EKSA telah sebulat suara bersetuju untuk menggunapakai nama baru bagi setiap ZON EKSA. Pertukaran nama zon ini berkuatkuasa pada 25 September 2019. Pertukaran tersebut melibatkan keseluruhan Zon.

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA BIL. 2/2019

6.9.2019 (Jumaat) - Zon Lebuh Queen telah mengadakan Gotong -Royong Perdana Bil. 2/2019 bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang sebagai persediaan menghadapi Audit Dalaman yang bakal tiba pada 11 November 2019 hingga 12 November 2019. Objektif gotong-royong ini lebih kepada "SISIH dan SAPU". Warga Zon Lebuh Queen diminta agar memastikan persekitaran dan workstation masing-masing berada dalam keaadaan kemas dan bersih.Terima kasih diucapkan kepada semua warga Zon Lebuh Queen yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan gotong-royong pada hari ini.

Membersih persekitaran Zon Lebuh Queen

Kerja-kerja pembersihan di bahagian ruang legar Zon Lebuh Queen

Kerja-kerja penyusunan fail kes selesai




Tuesday, 9 April 2019



AUDIT DALAM EKSA BIL 1/2019 @ LEBUH QUEEN


Kami warga Zon Lebuh Queen mengalu-alukan team audit dalaman yang diketuai oleh Tuan Muhamad Sanusi bin Ishak bersama Puan Dalila Hanisah binti Abu Bakar, Puan Norhafisoh binti Ghazali, Tuan Haji Mohamad Zahir bin Ismail dan Puan Azlina binti Shafee untuk menjalankan pengauditan dalaman Eksa Bil 1/2019. Semoga dengan kehadiran tuan-puan dapat memantapkan EKSA di Lebuh Queen.

Kepada semua Warga Zon Lebuh Queen diharapkan dapat bersedia dan dapat memberikan kerjasama yang baik demi melancarkan proses pengauditan. 

                         " CHAIYYOK LEBUH QUEEN AND DO THE BEST " 



BENGKEL AUDIT DALAM EKSA JKSNPP 
SIRI 1 TAHUN 2019





01.03.2019 - 03.03.2019 (Jumaat - Ahad) JKSNPP telah mengadakan Bengkel Audit Dalam Eksa Siri 1/2019 telah diadakan di INTURA Sungai Petani, Kedah. Seramai 50 peserta yang terdiri daripada Jawatankuasa Induk EKSA, Ketua Zon, pegawai dan kakitangan menyertai Bengkel ini. Wakil Zon Lebuh Queen yang menyertai bengkel tersebut iaitu Tuan Mohd Najmuddin bin Haji Mustafa, Puan Nor Aziani binti Mustaffa, Mohd Helmi bin Ismail dan Puan Nazirah binti Zakaria.


Bengkel ini dikendalikan oleh Fasilitator EKSA iaitu En. Raja Muhammad bin Raja Daud daripada Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Nibong Tebal serta En. Zahiri bin Md Zin daripada Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas. Bengkel ini dirasmikan oleh YA. Mohd Zawawi bin Nor Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

Tuesday, 11 December 2018

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA DARI JPS PULAU PINANG & JKR SPS

04.12.2018 (Selasa) - JKSNPP telah menerima Lawatan Penanda Aras EKSA dari JPS Pulau Pinang dan JKR Seberang Perai Selatan pada hari ini. Lebih kurang 70 orang yang menghadiri lawatan EKSA ini. Tujuan lawatan ini adalah kerana kedua-dua jabatan ini dalam proses mendapatkan Pensijilan EKSA (MAMPU). Para pelawat dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan Pertama di bawa ke Zon Lebuh Victoria, Kumpulan Kedua di bawa ke Zon Lebuh Queen dan Kumpulan Ketiga di bawa ke Zon Lebuh Light.

Para pelawat bergambar di hadapan Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang

Para pelawat bergambar bersama warga Zon Lebuh Queen di hadapan Mahkamah Rendah Syariah Timur Laut

Sesi mengisi maklumat di dalam Buku Pelawat

Para Pelawat melihat susunan di Ruang Pentadbiran

Ketua Zon Lebuh Queen memberi sedikit penerangan kepada para pelawat tentang susun atur di Ruang Pentadbiran

Para pelawat melihat susunan di dalam Bilik Fail

Para pelawat melihat susunan di Sudut Inventori


Share

Twitter Facebook