Pages

Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Tuesday, 22 May 2018

SELAMAT MAJU JAYA


Warga Zon Lebuh Queen mengalu-alukan kedatangan para Juri Pertandingan Blog EKSA,

 PUAN SALBIAH BINTI MAT


PUAN SITI FAIRUZ BINTI MUSTAFA

PROGRAM TADARUS AL-QURAN DAN TAZKIRAH SEMPENA RAMADHAN 2018

Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Biro Dakwah JKSNPP telah menganjurkan program tadarus Al-Quran antara daerah-daerah dan ibu pejabat. Bagi juzuk 16 hingga juzuk 19,telah dibahagikan kepada Zon Lebuh Queen (MRSDTL) untuk tadarus.



Selain itu, Program Tazkirah Zohor Ramadhan juga diadakan sepertimana jadual diedarkan oleh pihak BAKEPP. Antaranya, Tuan Muhamad Sanusi bin Ishak, Tuan Ahmad Alwi bin Embong, Tuan Abdul Rahman bin Abdullah dan Encik Mohd Shakhoff bin Rosli mewakili Zon Lebuh Queen menyertai program tersebut.



 Tuan Muhamad Sanusi bin Ishak memberikan tazkirah.

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK


KURSUS PEMERKASAAN EKSA JKSNPP

20.04.2018 (Jumaat) - Jawatankuasa Latihan Induk EKSA JKSNPP telah menganjurkan kursus Pemerkasaan EKSA bertempat di Bilik Mesyuarat Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya. Penceramah jemputan pada kali ini ialah SR. Rabiulkhair bin Mohd Nor iaitu pegawai daripada Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) Tanjung Malim. Zon Lebuh Queen diwakili oleh Tuan Muhamad Sanusi bin Ishak, Tuan Abdul Rahman bin Abdullah, Puan Aziani binti Mustaffa, Puan Nisrin Hasibah binti Osman, Puan Nazirah binti Zakaria dan Cik Nurul Hasanah binti Hussain. Diharapkan kursus ini dapat memberi pendedahan yang sangat berguna kepada warga Zon Lebuh Queen dalam usaha untuk mengekalkan zon ini sebagai zon terbaik. 






Wednesday, 28 March 2018

Audit Induk EKSA Zon Lebuh Queen

Pada 21 Februari 2018, Audit Induk EKSA Bil. 1/2018 telah dijalankan di Zon Lebuh Queen (Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut). Audit ini telah diketuai oleh Tuan Nik Suhaimi bin Nik Saberi manakala auditor yang terlibat ialah Tuan Najmuddin, Puan Dalila Hanisah, Puan Azlina, Puan Hamizah dan Puan Syahida.

Audit ini bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir lebih kurang jam 2.00 petang. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan teguran-teguran auditan telah diambil tindakan oleh warga Zon Lebuh Queen dengan kadar segera.


Sesi pembukaan dan penutupan audit




Sesi auditan dijalankan





Semoga warga Zon Lebuh Queen dapat mengekalkan kerjasama bagi menghadapi audit yang seterusnya. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.


Friday, 9 February 2018

AUDIT INDUK EKSA BIL 1/2018


BE PREPARED EVERYONE !!!


LAWATAN PENANDA ARAS EKSA OLEH KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG

29.1.2018 (Selasa)- Kolej Komuniti Bukit Mertajam Pulau Pinang telah mengadakan Lawatan Penanda Aras EKSA ke Zon Lebuh Victoria, Light & Queen di Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang dan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut. Lawatan tersebut diketuai oleh Ketua Program Puan Sakinah binti Osman. Kolej Komuniti Bukit Mertajam dalam usaha mendapatkan pensijilan EKSA dan kini giat mengadakan lawatan ke agensi atau Jabatan yang telah mendapat pensijilan EKSA.

Taklimat mengenai pengalaman Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang dalam melaksanakan EKSA disampaikan oleh Tuan Jasmin bin Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Go Green dan Kitar Semula EKSA JKSNPP. Semoga perkongsian pengalaman ini menyuntik semangat buat warga kerja Kolej Komuniti Bukit Mertajam dalam melaksanakan EKSA.




 Para pelawat melihat keadaan di Ruang Pentadbiran




Para Pelawat melihat susun atur Bilik Pegawai Sulh


 Para pelawat melihat susun atur di Ruang Inventori






Share

Twitter Facebook