Pages

Tuesday 9 August 2016

MESYUARAT JK PELAKSANAAN EKSA BIL. 3 / 2016


9 OGOS 2016 (SELASA) - Meskipun dalam kesibukan menjalankan tugasan harian, warga Lebuh Queen masih lagi berkesempatan untuk mengadakan mesyuarat EKSA bilangan 3 tahun 2016. 

Mesyuarat pada kali ini dipengerusikan oleh Ketua Zon, Encik Mohd Helmi bin Ismail. Turut bersama 2 orang ahli baru iaitu Puan Rohana binti Ayob yang dipindahkan dari Lebuh Downing (MRS Daerah Barat Daya) menggantikan Puan Nor Faizah binti Ali yang berpindah ke JKR Daerah Timur Laut dan Cik Nurul Hasanah binti Hussain yang merupakan pegawai baru (lantikan kontrak) yang dilantik sebagai Setiausaha JK Pelaksana EKSA Lebuh Queen menggantikan Puan Nor Fadzilah binti Ishak yang berpindah ke Bahagian Perumahan PSUK Pulau Pinang.

Pelbagai perkara berbangkit dibincangkan dan program direncanakan khususnya dalam memastikan EKSA sentiasa diamalkan (shitsuke)  secara harmoni di Lebuh Queen. Antara ketetapan mesyuarat pada kali ini adalah seperti berikut;

1.  Menetapkan hari Jumaat minggu ke 4 sebagai Hari Gotong Royong EKSA;

2.  Setiap warga Lebuh Queen hendaklah mempastikan work station masing-masing kemas dan bersih      sebelum punch out setiap hari;

3.  Pelaksanaan Taskforce Pengurusan Fail Jenayah (closing & record) pada 17/8/2016; dan

4.  Menukar sudut fizikal EKSA Lebuh Queen sebagai sudut informasi Mahkamah Rendah Syariah          Daerah Timur Laut.

Mesyuarat kali ini telah dijalankan selepas selesai Mesyuarat Pengurusan MRS Timur Laut Bil. 3 Tahun 2016.  Sebagai rekod semua ahli mesyuarat hadir pada  mesyuarat pada kali ini.

 Cik Nurul Hasanah, Setiausaha JK Pelaksana EKSA Lebuh Queen yang baru


Puan Rohana sedang melontarkan idea bagi aktiviti terkini EKSA

Share

Twitter Facebook