Pages

Friday 28 September 2018

PERTANDINGAN BILIK FAIL PALING EFISIEN & KAUNTER TERBAIK

01.08.2018 - Jawatankuasa Promosi Induk EKSA telah mengadakan Pertandingan Kaunter dan Bilik Fail Terbaik yang berlangsung pada hari ini disemua zon. Juri bagi pertandingan ini ialah Y.A.A. Dato' Haji Mohd Shakir Bin Abdul Hamid, Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang dan dua orang juri jemputan iaitu Cik Asmarina bt. Abo Mansor dan En. Sufian Mohd Shadzaly daripada Penjara Pulau Pinang. Antara kriteria yang diambil kira semasa pertandingan kaunter ialah keceriaan dan kekemasan kaunter, mempamerkan maklumat korporat bekaitan kaunter dan perkhidmatan kaunter yang mesra pelanggan. Untuk bilik fail pula, antara aspek yang diambil kira ialah kebersihan dan kekemasan bilik fail, pelabelan pada setiap kotak fail kes dan sistem kawalan dan pergerakan fail. Sepanjang sesi penjurian semua warga Lebuh Queen telah memberi kerjasama yang sewajarnya.


Para Juri sedang memantau dan memberi markah di Bilik Fail.

Para Juri sedang memantau dan memberi markah di Kaunter pula.


Syabas dan tahniah buat semua pihak yang terlibat!



Share

Twitter Facebook