Pages

Friday 28 September 2018

TAKLIMAT PENCEGAHAN KEBAKARAN


09.08.2018- Pada hari ini satu taklimat ringkas mengenai keselamatan dan pencegahan kebakaran yang bertajuk "Mencegah Kebakaran adalah Tanggungjawab Kita" telah diadakan oleh FPC FIRE PREVENTION SERVICES SDN. BHD. 

Antara agenda dan objektif taklimat ini adalah seperti berikut :

a) Pengenalan tentang sigat dan ciri-ciri api.
b) Punca-punca dan faktor-faktor yang mencetuskan kebakaran.
c) Cara-cara menyelamatkan diri dan orang terlibat ketika kebakaran.
d) Kenal pasti lokasi-lokasi yang selamat.
e) Penggunaan peralatan pencegah kebakaran serta pemadam api.
f) Tindakan susulan kebakaran : Peluang terselamat semasa kebakaran.
g) Toksik asap terhidu dalam 2 hingga 4 minit akan membawa maut.
h) Bahayanya kebakaran elektrik : Contohnya seperti wayar, suis utama, dan bahan elektrik yang lain.
i) Kebocoran Gas adalah pembunuh secara senyap.
j) Langkah-langkah untuk mengatasi kenderaan terbakar.
k) Keselamatan diri dalam kegelapan.
l) Pengetahuan menyelamatkan diri semasa kemalangan kenderaan.
m) Kajian tindakan kes-kes semasa dan sesi soal jawab.


Penceramah sedang menerangkan tentang cara penggunaan alat pemadam api.

Semua warga Zon Lebuh Queen dan kakitangan daripada syarikat pencucian mendengar taklimat kebakaran yang diberikan oleh penceramah.

Share

Twitter Facebook