Pages

Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Monday, 28 November 2016

LAWATAN PENANDA ARAS UNIT KESIHATAN SINARAN & JURU X-RAY JABATAN KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG

23/11/2016, SELASA - Unit Kesihatan Sinaran dan Juru X ray dari Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang telah berkunjung ke Zon Lebuh Armenian buat kali kedua pada tahun 2016. Lawatan ini terdiri daripada 14 orang pegawai dan kakitangan yang diketuai oleh Puan Ku Shaidaton Akmar binti Ku Bakar yang juga merupakan Pegawai Penyelaras  EKSA di JKN Pulau Pinang. Sesi taklimat dan soal jawab Tuan Muhammad Ridhuwan bin Ibrahim selaku Pegawai Penyelaras EKSA jabatan telah menyampaikan taklimat pada hari tersebut. Taklimat pada kali lebih menjurus kepada pengalaman jabatan selepas persijilan EKSA oleh MAMPU dan perkongisan strategi pelaksanan...

Thursday, 17 November 2016

BENGKEL PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN BLOG EKSA

Khamis, 17/11/2016 - Selaras dengan hasrat amalan Go Green, jabatan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Induk EKSA telah memutuskan untuk mewujudkan blog bagi setiap zon di negeri ini sebagai rujukan amalan EKSA zon-zon jabatan ini. Bengkel ini diwujudkan bagi memastikan pengendali blog bagi setiap zon mendapat panduan yang tepat tentang kaedah dan tatacara sebenar untuk  mengemaskini maklumat terkini dalam blog zon masing-masing. Seterusnya menjadikan blog zon di bawah JKSNPP menjadi panduan yang tepat bagi amalan EKSA di negara ini. Bengkel ini juga bertujuan untuk memastikan bahawa blog-blog zon daerah dikemaskini secara berkala...

Friday, 28 October 2016

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA 2016

JUMAAT, 28/10/2016 - Hari ini telah termaktub di dalam carta perbatuan EKSA Jawatankuasa Induk untuk pelaksanaan gotong-royong perdana peringkat jabatan. Meskipun pensijilan cemerlang telah diperolehi program gotong-royong tetap diteruskan untuk memastikan prinsip "sentiasa amal" itu dapat direalisasikan dan tidak terkecuali Zon Lebuh Queen. Kehadiran pegawai dan kakitangan adalah diwajibkan. Program kali ini lebih menfokuskan kepada penyusunan semula fail-fail kes di bilik fail. Semua warga zon Lebuh Queen terlibat secara aktif bagi program kali ini. Tahniah semua ! Turut disediakan pelbagai juadah menarik untuk santapan warga Lebuh...

Friday, 19 August 2016

SELAMAT HARI LAHIR

JUMAAT, 19 OGOS 2016 - Pada hari ini jabatan telah mengadakan perhimpunan bulanan buat kali ke 4 bagi tahun 2016. Peluang ini telah digunakan sepenuhnya oleh YAA Dato Haji Abdul Walid bin Abu Hassan untuk menyampaikan pelbagai amanat untuk penambahbaikan dan kecemerlangan JKSNPP. Selain itu, turut diadakan majlis sambutan hari lahir bagi pegawai dan kakitangan yang dikendalikan oleh Badan Kebajikan & Sukan Mahkamah Syariah Pulau Pinang (BAKEPP). Sambutan adalah bagi kelahiran bulan Julai, Ogos dan September. Turut terlibat bagi sambutan majlis tersebut adalah 4 orang kakitangan  Lebuh Queen seperti berikut : 1. Encik Muhamad Yazid...

Friday, 12 August 2016

TASKFORCE FAIL JENAYAH LEBUH QUEEN

12 OGOS 2016, JUMAAT - Mesyuarat EKSA Lebuh Queen Bilangan 3/2016 telah memutuskan agar pengurusan fail jenayah diberi perhatian yang serius agar lebih mudah dijumpai semasa carian fail tersebut (easy tracing). Justeru, satu rak yang telah ditempah dari Unit Pentadbiran JKSNPP telah tiba dan rombakan bilik fail jenayah telah dilakukan dan semua kotak penyimpanan fail jenayah yang uzur telah dibaik pulih dengan menggunakan pita pelekat. Semua kotak fail yang dibaik pulih turut dipastikan bahawa kandungan fail jenayah adalah mengikut sequence number yang telah didaftarkan di dalam Sistem Pengurusan Kes Mahkamah Syariah (SPKMS) atau lebih...

Tuesday, 9 August 2016

MESYUARAT JK PELAKSANAAN EKSA BIL. 3 / 2016

9 OGOS 2016 (SELASA) - Meskipun dalam kesibukan menjalankan tugasan harian, warga Lebuh Queen masih lagi berkesempatan untuk mengadakan mesyuarat EKSA bilangan 3 tahun 2016.  Mesyuarat pada kali ini dipengerusikan oleh Ketua Zon, Encik Mohd Helmi bin Ismail. Turut bersama 2 orang ahli baru iaitu Puan Rohana binti Ayob yang dipindahkan dari Lebuh Downing (MRS Daerah Barat Daya) menggantikan Puan Nor Faizah binti Ali yang berpindah ke JKR Daerah Timur Laut dan Cik Nurul Hasanah binti Hussain yang merupakan pegawai baru (lantikan kontrak) yang dilantik sebagai Setiausaha JK Pelaksana EKSA Lebuh Queen menggantikan Puan Nor Fadzilah binti...

Friday, 5 August 2016

PENGURUAN FAIL KES JENAYAH

Pada sesi penutupan audit EKSA Bilangan 2/2016 yang lalu pengurusan fail kes jenayah antara perkara yang ditegur oleh juruaudit.  Rentetan itu, Tuan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Tmur Laut (Zon Lebuh Queen) telah mengarahkan hal yang tersebut dijadikan isu utama yang perlu diberi perhatian yang serius. Langkah awal telah diambil dengan aplikasi sepenuhnya sistem Best Practice Pengurusan File Lebuh Downing (Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya) bagi kesemua file jenayah yang telah selesai dan ditutup. Sebagai rekod bilangan daftar kes jenayah Lebuh Queen bagi 4 tahun terkini sehingga 4/8/2016 adalah seperti berikut : 2013...

Wednesday, 3 August 2016

PENANTIAN BERAKHIR

Hari yang ditunggu-tunggu tiba jua akhirnya. Buat ke sekian kalinya Lebuh Queen kini di audit lagi bagi melestarikan pelaksanaan EKSA secara holistik di semua zon di bawah JKSNPP. Pasukan Audit diketuai oleh Tuan Mohammad Shahidan bin Abdul Ghaffar, Pengerusi,  Jawatankuasa Audit Induk EKSA dan turut bersama beliau 4 orang juruaudit bertauliah dari jawatankuasa yang sama. Tidak ketinggalan turut hadir, Tuan Mohamad Yusri bin Kasim, Pengerusi, Jawatankuasa Latihan Induk EKSA yang bertindak selaku juruaudit jemputan. Audit dimulakan dengan sesi pembukaan dan diakhiri dengan sesi penutupan dan pembentangan laporan penemuan audit yang...

Friday, 29 July 2016

AUDIT EKSA BIL. 2 / 2016

EKSA hendaklah sentiasa diamalkan. Oleh yang demikian,Jawatankuasa Induk Audit Jabatan telah menetapkan 1 hingga 8 Ogos 2016 sebagai tempoh Audit EKSA bilangan 2 tahun 2016. Lebuh Queen bakal diaudit pada 2 Ogos 2016 (Selasa). Kami amat mengalu-alukan kedatangan juruaudit ke 'teratak' kami. Semoga segala yang dirancang berjalan lancar. SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN...

KEPUTUSAN AUDIT EKSA MAMPU LEBUH QUEEN

Setelah bertungkus lumus akhirnya Zon Lebuh Queen layak dipersijilkan kerana telah memenuhi kriteria komponen Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kategori CEMERLANG bagi sesi audit yang telah dijalankan pada 14 hingga 16 Mac 2016.  Tahniah diucapkan kepada semua warga Lebuh Queen di atas kejayaan anda. Semoga ia dapat dikekalkan dan sentiasa diamalkan. Sijil Pengiktirafan telah dikeluarkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri bertarikh 15 April 2016 dan sah sehingga 14 April 2018. ...

Tuesday, 8 March 2016

GOTONG ROYONG EKSA

GOTONG ROYONG EKSA Bagi menghadapi Audit EKSA (MAMPU) yang akan berlangsung tidak lama lagi, pihak Jawatankuasa Pemandu EKSA telah mengadakan Program Gotong-Royong EKSA bermula : Tarikh: 8-10 Mac 2016 Masa: 3.00 - 5.00 petang Kawasan yang terlibat: Keseluruhan persekitaran pejabat Memo Program Gotong-Royong EKSA ...

Friday, 4 March 2016

LAPORAN JAWATANKUASA LATIHAN TAHUN 2016

Tarikh: 3 Mac 2016 (Khamis) Masa: 3.00 petang Tempat: Bilik Fail Ahli Jawatankuasa Latihan: Tuan Muhamad Sanusi Bin Ishak  Jawatankuasa Latihan Lebuh Queen telah mengadakan sesi latihan mengenai sistem carian fail kes selesai yang digunapakai dan telah mengadakan demonstrasi latihan mencari fail tersebut. Syarat pencarian fail ini mestilah di bawah 30 saat. ...

Tuesday, 1 March 2016

PENYERAGAMAN DI LEBUH QUEEN

Lokasi: Dekstop setiap ahli zon ...

Tuesday, 2 February 2016

AUDIT DALAMAN EKSA BIL. 1 TAHUN 2016

Audit Dalaman EKSA Bil.1 Tahun 2016 akan diadakan di Lebuh Queen pada 26 Februari 2016 (Jumaat). Audit ini diadakan bagi persediaan menghadapi audit MAMPU. Kakitangan Lebuh Queen diharap bersedia dan bekerjasama bagi mendapat markah tertinggi dari juru audit... Semoga berjaya!!...

Tuesday, 19 January 2016

LAPORAN JAWATANKUASA PROMOSI TAHUN 2016

Tarikh: 15 Januari 2016 (Jumaat) Masa: 10.00 pagi Tempat: Ruang Pejabat Ahli Jawatankuasa Promosi Zon: Puan Nurzawanie Binti Rosli   Ahli yang terlibat: 10 orang (termasuk 2 orang pelajar praktikal)                                  Tuan Muhammad Ridhuwan Bin Ibrahim Tuan Muhamad Sanusi Bin Ishak Tuan Fariq Azaimi Bin Apandi    Encik Mohd Helmi Bin Ismail                   Encik Muhammad Yazid Bin Yussof Puan Nurzawanie Bt Rosli    Puan Nor Faizah Binti Ali    ...

Wednesday, 13 January 2016

Countdown Pertandingan Blog EKSA JKSNPP TERBAIK 2016

Tarikh: 13 Januari 2016 (Rabu) Tempat: Bilik Mesyuarat JKSNPP Masa: 9.00 pagi Pihak Lebuh Queen mengucapkan tahniah bagi warga Lebuh Queen yang telah bertungkus lumus menyiapkan blog EKSA. Diharap kerjasama ini dapat berterusan hingga mendapat sijil dari MAMPU. Syabas warga Lebuh Queen!!! ...

Page 1 of 16123Next

Share

Twitter Facebook