Pages

Wednesday 3 August 2016

PENANTIAN BERAKHIR


Hari yang ditunggu-tunggu tiba jua akhirnya. Buat ke sekian kalinya Lebuh Queen kini di audit lagi bagi melestarikan pelaksanaan EKSA secara holistik di semua zon di bawah JKSNPP. Pasukan Audit diketuai oleh Tuan Mohammad Shahidan bin Abdul Ghaffar, Pengerusi,  Jawatankuasa Audit Induk EKSA dan turut bersama beliau 4 orang juruaudit bertauliah dari jawatankuasa yang sama. Tidak ketinggalan turut hadir, Tuan Mohamad Yusri bin Kasim, Pengerusi, Jawatankuasa Latihan Induk EKSA yang bertindak selaku juruaudit jemputan.

Audit dimulakan dengan sesi pembukaan dan diakhiri dengan sesi penutupan dan pembentangan laporan penemuan audit yang perlu diberi perhatian oleh auditee untuk penambahbaikan. Sesi audit berjalan dengan lancar dan ceria terutama apabila sesi "file tracing" iaitu auditee yang dipilih dikehendaki mencari fail yang diarahkan juruaudit kurang dari 30 saat. Alhamdulillah semua auditee berjaya melaksanakan tugasan audit dengan cemerlang.

 Tahniah pasukan audit EKSA dan tahniah juga kepada warga Lebuh Queen yang memberi kerjasama penuh sepanjang sesi audit dijalankan. Semoga EKSA sentiasa diamalkan di Lebuh Queen.

 Audit bermula jam 8.00 pagi dan tamat jam 12.30 petang pada hari yang sama. 

 Puan Zawanie dari Unit Kewangan Lebuh Queen berjaya mencari fail hanya dalam tempoh 23 saat !
Cik Nurul juga tidak kurang hebatnya.  Meskipun baru melapor diri juga berjaya mencari fail kes kurang 23 saat.

Share

Twitter Facebook