5.10.2017 (Khamis)- Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) telah menerima Lawatan Penanda aras EKSA daripada Jabatan Penjara Tapah. Jabatan Penjara Tapah Perak sedang dalam usaha memperoleh persijilan EKSA oleh pihak MAMPU. Oleh itu tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat amalan EKSA yang dilaksanakan oleh JKSNPP sehingga mendapat persijilan EKSA. Seramai 20 orang peserta yang terlibat.
Delegasi tersebut diketuai oleh PKP Ahmad Rizal bin Mohd Ghazali selaku pengerusi jawatankuasa EKSA Penjara Tapah. Pengerusi Jawatankuasa Induk EKSA JKSNPP juga YA. Zaim bin Md Yudin selaku Pemangku Ketua Hakim Syarie turut serta dalam program ini. Banyak perkongsian di antara kedua-dua Jabatan mengenai pengalaman masing-masing melaksanakan EKSA.Selepas sesi taklimat oleh Tuan Mohammad Shahidan bin Abdul Ghapar selaku Pengerusi JK Audit EKSA JKSNPP, peserta dibawa melawat ke Zon Lebuh Victoria & Light di Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang serta Zon Lebuh Queen di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut.
Thursday, 1 February 2018
LAWATAN PENANDA ARAS EKSA OLEH JABATAN PENJARA TAPAH
2:53:00 pm
Lebuh Queen
Sesi menandatangani buku pelawat EKSA Zon Lebuh Queen
Para pelawat melihat susun atur di ruang pentadbiran dan bilik fail.
Para pelawat melihat susun atur di sudut inventori.